Exclusive interview
Sinopsis / Review
Personaliti
Sila Klik Read More Utk Baca keseluruhan Artikel
Kontroversi Bodoh Mcm Ni Mmg Saya Pantang La – Syamsul Yusof
Tajuk diatas merupakan kata – kata yang dihemburkan oleh pengarah muda berbakat ini kepada crew kami semasa ditemubual selepas selesai tayangan perdana Bohsia 2 – Jalan Kembali baru baru ini di Curve.
Sudah pastilah lensa kami terarah kepada Syamsul Yusof di mana baru-baru ini seseorang yang mengelarkan dirinya sebagai Ex OhMaKau krew telah mengirimkan email [ Syamsul Yusuf Menjalin Hubungan Cinta Lokasi dgn pengarah baru Nurul Ain? [OMK] ] berserta beberapa keping gambar kepada sebahagian media termasuk kami tentang sikap kedua – dua pengarah dan pelakon muda ini dilokasi pengambaran yang menimbulkan perasaan kurang senang sebahagian krew di lokasi tersebut.
Read MoreZizan Sekitar Super Spontan – Populariti atau Kualiti?
Berikut kami lepaskan beberapa keping gambar Zizan di Super Spontan Jumaat yang lalu. Masih mengekalkan rekod kemenangan 4 kali berturut turut oleh angsa ganas mengatasi pasukan beruang comel. Adakah ini semuanya disebabkan pengaruh populariti berbanding kualiti seperti mana yang di katakan oleh Amir aka Amirikaaa ?

Kini 25 Tahun, Kumpulan MAY Masih Relevan?
Sudah 25 tahan kumpulan May terus utuh bertahan didalam industry tempatan. Adakah May masih lagi Relevan dalam industri muzik tempatan buat masa ini? Lantaran itu baru baru ini kumpulan tersebut menurut Mus telah melancarkan Album baru pada 10 Mei lepas yang berjudul MAY 25th Anniversary bagi memastikan kewujudan mereka tidak akan dilupakan sama sekali.

Menurut Mus May kepada crew kami baru baru ini, “Sempena dengan ulang tahun yang ke 25 ni, aku dengan ahli band yang lain akan terbang ke Singapore untuk satu konsert “MAY 25 ANNIVERSARY LIVE IN SINGAPORE” pada 19 May ini”.
Read MoreAdy Putra Failkan Permohonan Cerai,
Sedang kedua dua pasangan selebriti pengantin baru Scha – Awal & Fasha – Jejai bahagia mengecapi pelayaran sebagai suami isteri kini industri hiburan tempatan minggu ini di robek lagi dengan kisah yang kurang enak untuk kita war-warkan. Ady Putra menurut laporan Akhbar Harian Metro telah bercerai dengan bekas isterinya iaitu Aida Yusof

Menurut Ady Putra kepada akhbar itu lagi. “Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” katanya.
Read MoreRiezman Khuzaimi Mencari Cinta
Artikel ini agak lama juga kami peram sebelum ianya dilepaskan kepada pembaca BM. Ini kerana Riezman Khuzaimi yang kali terakhir kami berjumpa denganya ialah semasa Pra Tonton Berani Punya Budak yang kini sedang ditayangkan Dipawagam berhampiran anda.

Riezman juga merupakan peserta Super Spontan malangnya dia telah disingkirkan lebih awal oleh ahli kumpulanya sendiri iaitu angsa ganas. Riezman yang kami temui memberitahu beliau kini baru sahaja selesai menjalani pengambaran filem arahan pertamanya iaitu Mencari Cinta.
Read MoreRemy Ishak Kini Jadi Penyanyi
Tanggal 15 Mei 2012 satu video clip dari Ost filem 29 Februari telah dilepaskan oleh pihak Kru Studios di laman Youtube. Sehingga artikel ini ditulis lebih 522 kali ianya telah diulang tonton.
Apa yang menarik berkenaan video clip tersebut ialah penyanyi untuk lagu ini adalah Remy Ishak sendiri. Umum mengenali Remy Ishak adalah seorang pelakon bukanya penyanyi. Adakah ini petanda ataupun percubaan awalnya untuk beralih cabang bidang seni dengan menjadikan nyanyian sebagai kerjaya utama pada masa akan datang atau ini sekadar untuk filem 29 Februari sahaja.
Read MoreRaisa Andriana Mencari Tuah Di Malaysia
Di Malaysia mungkin masih ada yang tidak mengenali dengan pemilik nama Raisa Andriana. Dari info yang kami terima gadis jelita ini adalah seorang penyanyi solo yang bintangnya semakin bersinar di negara jiran kita iaitu Indonesia

Minat mendalam beliau di dalam bidang nyanyian mula terserlah seawal umurnya 3 tahun lagi dan lagu pertama yang dinyanyikan beliau ketika itu berjudul “A Whole New World”, lagu tema filem animasi popular Aladdin.
Read MoreSneek Preview Vclip Aryan Band – Kasih Katakan Sesuatu
Aryan Band menerusi lagu Kasih Katakan Sesuatu baru – baru ini telah selesai menjalani rakaman video clip bagi lagu tersebut. Bernaung di bawah Luncai Emas milik komposer terkenal tanah air iaitu Dato’ M.Nasir, band ini mempertaruhkan genre Rock & Ppp Rugged. Dibawah kami lepaskan Sneek Preview Aryan Band – Kasih Katakan Sesuatu hasil idea kreatif anak muda menerusi CreativeBird Marketing. Kami dimaklumkan video Clip penuh ini akan dikeluarkan dalam jangkaan masa 1-2 minggu.
TRAIN Live in Malaysia 16th June at KL Live
Over the course of 15 years, Train has made its mark on music history with their Grammy-Award-winning song “Drops of Jupiter (Tell Me)” and chart-topping singles “Meet Virginia” and “Calling All Angels.” Since forming in San Francisco in 1994, the multi-platinum selling band has traveled a long, successful and sometimes arduous journey. And that journey culminates with their very first Live Concert in Malaysia 16th June at KL Live. TRAIN Live in Malaysia is jointly organized and promoted by JS Concert Productions and Fatboys.

Starting in November 2006, the band took a break from recording and touring to be with friends and family. Train announced in April of 2009 that the band would be returning to its three original members with the departure of Johnny Colt and Brandon Bush. On August 11, 2009, Train released their first single in over 3 years, “Hey Soul Sister,” from their new album Save Me San Francisco, . It is also the band’s most commercially successful single to date, reaching number one in 16 countries It is the 8th most downloaded song in history, the most downloaded song of all time for Columbia Records, the top-selling song on iTunes in 2010 and the second overall best-selling song in the US in 2010.Train released the follow-up single, “If It’s Love” and the third single “Marry Me.
Read MoreFigura Upin & Ipin dengan setiap hidangan KFC Upin & Ipin
“Nak ayam goreng! Nak ayam goreng!” itulah ungkapan yang sinonim dengan Ipin sehingga menjadi ikutan kanak-kanak seluruh Malaysia. Bersesuaian dengan itu, KFC Malaysia dengan kerjasama LC Merchandising iaitu anak syarikat Les’ Copaque Production telah pun memasarkan mainan figura Upin & Ipin di setiap cawangan KFC seluruh Malaysia dan Brunei. Figura Upin & Ipin ini juga merupakan produk animasi tempatan pertama yang berganding bahu dengan KFC.
Pada hari pertama figura Upin & Ipin ini muncul di KFC, ramai orang tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan figura istimewa ini kerana sebelum ini mainan yang disertakan dengan hidangan KFC adalah produk animasi dari luar negara. Dengan setiap pembelian hidangan Upin & Ipin yang lazat, anda boleh bermain dengan figura sambil menikmati hidangan ayam goreng dengan gembira.
Read More‘Tuhan Tolong Aku’ Taruhan Iamneeta
Sebelum ini kami pernah berkongsi 1 video clip akustik dari band Iamneeta yang berjudul Tuhan Tolong Aku di Fan Page BM. Respon yang kami terima agak baik, ada yang bertanya tentang band remaja ini. Untuk makluman anda Iamneeta adalah artis baru dibawah naungan NAR Records.

Bakat anak muda ini dicungkil menerusi laman Youtube. Iamneeta sebelum bergelar artis rakaman sebenarnya sudah menjadi perhatian kami lama dahulu. Video-video covernya yang diupload ke laman youtube seperti If I Die Young & Rolling In The Deep pada tanggapan kami mempunyai harapan untuk bakatnya diketengahkan.
Read MoreSejambak Bunga Elfira Loy kepada Randy Pangalila [22 Gambar]
Sejambak bunga yang diberikan Elfira Loy kepada Randy Pangalila adalah sebahagian promosi bagi drama bersiri berjudul “Dalam Hati Ada Taman”. Drama bersiri 13 episod ini adalah drama terbaru arahan Michael Ang dan bakal disiarkan di Astro Ria pada Oktober depan.

Memandangkan Randy Pangalila mempunyai peminat yang boleh dikatakan agak ramai maka kami lepaskan beberapa keping gambar beliau semasa membuat persembahan sebagai artis undangan di Mania.
Read MoreBercinta Dengan AGcoco? Ini Jawapan Adira.
Jika sebelum ini kami telah melepaskan beberapa keping gambar Adira [Sekitar Separuh Akhir Mania - 25 Gambar] kali ini kami lepaskan pula rakaman video temubual yang sempat crew kami lakukan di sidang media sebaik sahaja konsert itu berakhir.
Sudah pastilah isunya berkenaan Agcoco salah seorang ahli dalam band hujan yang dikatakan kini sedang menyemai benih-benih cinta diantara mereka berdua. Nak tahu apa jawapan Adira? Saksikan Video yang telah kami sediakan khas untuk pembaca BM.
Read MoreAdira Sekitar Separuh Akhir Mania [25 Gambar]
Tersingkirnya Adira digelanggang separuh akhir Mania pada minggu lalu adalah sesuatu perkara yang memang sudah dijangka dari awal lagi. Ianya berdasarkan pola pengundian yang sering meletakkan Adira sebagai peserta paling rapuh kedudukanya setiap kali carta undian didedahkan kepada umum pada malam tersebut

Walaupun perasaan kecewa itu dapat disembunyikan kepada khayalak ramai tapi tidak kepada crew kami. Selepas selesai sidang media, crew kami sempat menemubual Adira sebelum dia bergegas pulang. Kami lepaskan dahulu beberapa keping gambar beliau semasa separuh akhir konsert Mania. Manakala rakaman temubual tersebut akan kami siarkan tidak lama lagi.
Read More




