Beremosi Tanpa Kontroversi

Temubual Eksklusif Buahmulut Bersama Ainan Tasneem

Buat julung kalinya kami di pihak Buahmulut.Com sempat menemubual dengan seseorang yang boleh kami gelarkan sebagai Artis Youtube yang dikenali ramai. Ini kerana Gadis yang masih menuntut ini dikenali ramai menerusi video – video nyanyian yang diupload ke Youtube dan juga Facebook. Daripada carian yang kami lakukan terdapat beberapa video yang diupload ke youtube menerima views yang sangat tinggi diantaranya ialah Aku Suka Dia – Ainan Tasneem [269,679 Views] , dimana lagu ini adalah hasil ciptaan beliau Sendiri. Begitu juga dengan video yang berjudul Cinta Muka Buku – Najwa Latif (Ainan Tasneem Cover) [342,576 Views]. Anda boleh melayari link berikut http://www.youtube.com/user/FanOfAinanTasneem untuk melihat video – video lain yang turut diupload. Kami di Krew Buahmulut.Com ingin mengucapkan terima kasih kepada pemilik nama Ainan Tasneem Binti Ridzuan kerana sudi untuk ditemubual dan juga diatas kerjasama yang diberikan. Semoga hasil Seni yang beliau persembahkan akan diterima oleh orang ramai tanpa ada sebarang prejudis & juga kontroversi. Ikutilah temubual krew kami bersama Cik Ainan Tasneem.

 
Klik Gambar untuk Ke Fan Page Ainan Tasneem


Ainan Tasneem

 

BuahMulut
Gambarkan diri anda secara ringkas.

Ainan Tasneem
Nama saya ialah Ainan Tasneem Binti Ridzuan. Saya merupakan anak ketiga daripada 4 org adik-beradik. Juga merupakan satu-satunya anak tunggal perempuan dalam keluarga saya *sebab tu sangat manja dengan abang-abang dan adik lelaki saya hehe :) Saya sedang belajar di Universiti Malaysia Perlis, dan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioproses. Seorang yg sangat ceria, suka bercakap, MAKAAAANNN dan sangat sensitif orangnya. hihi.

 

BuahMulut
Lagu pertama yg diupload ke Youtube, bila & lagu apa?

Ainan Tasneem
Saya sememangnya tidak pasti kerana saya tidak pernah mempunyai account youtube. Apa yg saya tahu, account youtube tersebut merupakan milik salah seorang peminat saya, dan saya sendiri tidak mengenalinya. Saya hanya pernah mengupload kesemua video di dalam facebook lama saya (telah saya delete tidak berapa lama dahulu) dan di fanpage facebook saya. Walaubagaimanapun, saya seperti merancang utk membuat account youtube sendiri tidak lama lagi. Lagu pertama yg pernah saya record ialah lagu Keluang man, pada awal tahun lepas :)

 

BuahMulut
Apa perasaan, apabila pertama kali menerima komen dari video yg di upload tadi?

Ainan Tasneem
walaupun saya tidak mempunyai account youtube sendiri, tetapi saya ada juga melihat beberapa komen kepada video2 yg telah diupload oleh peminat saya di youtube. Perasaan ehh.. haha tak pasti la, happy je kott haha :D

 

BuahMulut
Minat sebenar anda dalam bidang nyanyian ini? Sekadar suka-suka atau ada perancangan jangka panjang?

Ainan Tasneem
Oh sememangnya suka-suka sahaja. Saya memang sangat minat menyanyi tetapi saya sangat tidak berminat utk menjadi seorang artis. Ada juga beberapa tawaran dari studio dan TV tetapi semuanya tidak saya terima. Kalau show biasa-biasa tu boleh lah, hehe :)

 

BuahMulut
Artis tempatan yang anda akan pilih untuk berduet?

Ainan Tasneem
Shahila! Saya sangat minat dengan suaranya :)

 

BuahMulut
Kalau tiada youtube. agak2 dekat mn akan upload kesemua video yg telah dirakam?

Ainan Tasneem
Sememangnya cuma Facebook sahaja :)

 

BuahMulut
Pengaruh youtube & facebook dalam menghebahkan sesuatu aktiviti terkini?

Ainan Tasneem
hahaha apa yg dapat saya simpulkan, sangat berkesan kot kepada diri saya. contohnya seperti youtube, walaupun bukan saya yg upload kesemua video tersebut, saya tak sangka saya telah dikenali dengan cara itu dan di fanpage sy juga telah mencecah hampir 50,000 like. Sangat terharu :’) Dan sekiranya saya mengupdate apa jua status di fanpage, ramai peminat yg akan memberikan respon. Oleh itu, saya rasa pengaruh facebook & youtube sememangnya sangat kuat!

 

BuahMulut
Agak2 bila nak buat gathering bersama peminat dari Facebook & Youtube.

Ainan Tasneem
Hahaha nakkk! InsyaAllah kalau saya free, dan sekiranya ramai peminat yg inginkan saya buat, saya buat. Tapi saya bukan artis pun, malu pulak rasanya jawab soalan ni! haha :DD

 

BuahMulut
Pencapaian yang tertinggi setakat ini dalam bidang Hiburan

Ainan Tasneem
Takde kott, hehe :)

 

BuahMulut
Aktiviti masa lapang

Ainan Tasneem
Menyanyi dan bermain gitar :)

 

BuahMulut
Harapan Masa depan impian anda

Ainan Tasneem
Menjadi seseorang yg berjaya. Saya ingin menjadi seorang pensyarah, atau saintis insyaAllah :)

 

BuahMulut
Sedikit ucapan untuk buahmulut.com

Ainan Tasneem
Terima kasih sangat-sangat kerana telah sudi untuk menemubual saya. Semoga buahmulut.com akan menjadi antara laman web yang sangat terkenal kepada semua golongan masyarakat. Sentiasalah hiburkan kami dengan cerita-cerita hiburan tanah air yang menarik. Sekali lagi terima kasih saya ucapkan :)



  • Mohd Syaman

    Nice Job BuatMulut And Ainan Tasneem ! I really like yr attitude . hope u will success in future . AMin …

  • mat yie grunge

    ainan buat la album lagu aku suka dia best sangat2 dengar
    kalau lagi ni buat album comfirm ramai peminat dan bleh masuk carta era FM

  • dza43

    helo can we be firend??

  • http://puteribintang-adeelahime.blogspot.com Adeela Hime

    salam..cepat atau lmbt, rsnya Ainan akn jadi artis jgk…(^_^)..tp kalau blh, jdlah artis y berilmu..y org blh pndg tggi…y kejenye xbgantung pd nyanyian shj…serba boleh..smg bjaya!

  • http://ikavanilla.blogspot.com/ missVanilla

    ambil dye jd artis cepat!

  • http://levelsatu.com levelsatu

    mesti ramai orang suka ainan tasneem. hehe..

  • http://farahfazen.blogspot.com/ Farz

    i love her voice.. lembut je.. :)

  • http://syafikway.com syafik

    sama U dgn aku . hehe , pernah nyanyi mse how kat U

Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes