Beremosi Tanpa Kontroversi

Temubual Eksklusif Buahmulut Bersama En Mimpi Penyanyi ‘Putus Di Twitter’

Bertemu lagi kita di dalam Segmen ‘Temubual Eksklusif Bersama..’ Jika Segmen pertama pihak kami menemubual Ainan Tasneem kali ini para pembaca Buahmulut cukup bertuah kerana individu yang telah kami temubual ini bolehlah diibaratkan seperti Pisang Goreng yang tengah Panas. Nama dan Hasil seninya dengan tidak semena-mena menjadi perhatian warga alam Cyber. ini kerana lagu ciptaanya yang bertajuk Putus Di Twitter (Ending lagu Cinta Muka Buku) telah tersebar seantero Dunia Internet. Individu yang dimaksudkan Ialah En Mimpi. Mengunakan konsep “parody”, lagu tersebut kini telah ditonton sebanyak 94,381 hanya dalam masa 4 hari sahaja. Satu pencapaian yang boleh dibangggakan. Memberi tanda aras bahawa Hasil seni beliau diterima ramai.

Ehh Ye Ke?

Dari hasil tinjauan kami di Channel beliau banyak lagu-lagu yang berbentuk ‘parody’ dan juga lagu berbentuk Cover telah dihasilkan. Jika tidak silap kami beliau juga ada menghasilkan lagu sendiri seperti Memori Di Sini, Kisah Cinta Facebook dan Selamat Malam Cinta. Apa pun kami di pihak Buahmulut.Com amat berterima kasih kepada En Mimpi diatas kerjasama baik yang telah diberikan. Semoga terus berjaya didalam apa jua Bidang yang diceburi. Ikutilah Temubual kami bersama beliau.

p/s : wajah sebenar tidak dapat kami siarkan sebagai menghormati pendirian En Mimpi

 

Terangkan Serba Sedikit Tentang Diri Anda
Assalamualaikum.. Terima kasih sebab sudi menebual saya, walaupun saya ni siapa je pun. Hee.. Tak banyak yang saya boleh kupas dalam soalan pertama ni. Cukuplah orang mengenali saya sebagai Encik Mimpi, yang suka bermain gitar dan menyanyi untuk menghiburkan orang. Saya bermula menulis lagu di blog saya pada tahun 2009 tanpa mendedahkan identiti saya dan saya selesa dengan cara begitu. Walaupun saya tidak mendedahkan identiti saya, kepada semua follower, jangan risau. Saya sangat hemsem dan cute, berbakat pula tu. Dan saya langsung tak gay, saya macho gila, lelaki sejati dan menyintai wanita.Huh.


Mcm mn tercetusnya idea untuk buat lagu Putus Di Twitter (Ending lagu CintaMuka Buku) .
Semuanya berlaku sangat spontan. Saya memang suka mendengar lagu dan kalau kita tengok di Youtube pun banyak lagu “parody” yang dinyanyikan oleh Youtubers di serata dunia untuk tujuan suka-suka bagi menghiburkan pendengar. Ini bukan lagu pertama yang saya “parody”kan, sebab sebelum ini juga saya ada “parody”kan lagu seperti “Lelaki Seperti Aku (Aliff Satar)”,”Suara Ku Berharap(Hijau Daun)”,”Unta Liar/Kamelia (Irwansyah) dan banyak lagi. Jadi lagu “Cinta Muka Buku” ini pun tak terlepas untuk saya “parody”kan.


Gambarkan dgn 3 patah perkataan untuk lagu ini.
“Gila”, “Sempoi” and mungkin “Bedebah” kot. Haha.


Berapa Lama masa untuk Cipta lagu ini?
Tak lama pun, dalam 30 minit saja. Recording pun sekali take je sebab malam mase
recording tu saya da mengantuk tapi excited nak siapkan. Huhu..


Pernah / Sedang Atau Sudah Putus Cinta melalui Facebook / Twitter
Tidak sama sekali.. Semua yang berlaku dalam lagu tu hanya lah rekaan semata-mata. Tapi kalau kantoi awek curang dalam twitter/fb pun jangan lah sampai tumbuk. Wanita kan insan lemah.. Jangan jadi lelaki dayus. Gentle sikit, setel baik-baik, kan senang.


Sekiranya dijemput untuk membuat persembahan Di kaca Telivisyen. Dan pihak penerbit ingin menyuruh tukar lirik lagu yg terakhir iaitu ‘Terus Tumbuk Muka Mu lebam’ adakah anda setuju? Kenapa?
Oh saya tak akan terima tawaran dari mana-mana pihak. Bukan itu yang saya cari. Saya hanya berkarya untuk suka-suka dan tidak pernah bercadang untuk serius dalam bidang ini. Sebelum ini saya bergerak bersama sebuah band dan kami pernah mendapat tawaran untuk recording contract juga, tapi kami menolak kerana kami ingin fokus terhadap pelajaran terlebih dahulu. Macho gile kann?


Adakah ada hasil lagu ciptaan sendiri yg lain? Berapa & tajuknya
Sangat banyak lagu ciptaan saya sendiri. Tak tahu lah berapa tapi antara yang disukai adalah lagu “Memori Di Sini”, “Kisah Cinta Facebook” dan “Selamat Malam Cinta” . Kebanyakan lagu tersebut saya sendiri yang tuliskan liriknya.


Perasaan Apabila lagu yg dicipta dlm sekelip mata menjadi bualan org ramai
Saya agak terkejut dengan sambutan orang ramai yang macam excited share lagu ni sana sini. Dalam masa yang sama Alhamdulilah saya bersyukur sebab lebih ramai yang hargai bakat yang saya ada. Saya rasa berbangga dengan rakyat Malaysia yang kebanyakan berfikiran terbuka dan menyokong lagu-lagu “parody” seperti ini.


Jika Lagu Putus Di Twitter tidak dicipta mungkin …[Sambung ayat tidak kurang dr30 patah perkataan]
Semua rakyat Malaysia tidak seriang dan seceria seperti mana apabila mereka mendengar lagu ini. =) Amboi kene lengkapkan slogan pulak..


Andaikan Anda akan menjadi Selebriti yang terkenal, Apa Perancangan jangka panjang?. Masih Digunakan lg kah Medium Youtube ?
Seperti saya cakap di atas, tidak sama sekali saya akan menjadi selebriti. Perancangan jangka panjang, saya nak habiskan study baik-baik dulu, then dapatkan kerja yang baik-baik (bukan penyanyi). Tengoklah, rasa macam nak join Imam Muda..Haha.


Akan adakah lagu kesinambungan untuk lagu ini. mcm Rujuk semula di Skype?
Entahlah, saya tak terfikir lagi ada sambungan ke tak. Tapi saya ni jenis yang kalau boleh tak nak lah semua lagu yang saya hasilkan tu jenisnya untuk berhibursaja. Saya suka lagu-lagu saya di variasikan mungkin dalam bentuk lagu kitamerenungi diri, menyayangi keluarga,sahabat dan yang paling penting Allah.


Pendapat anda tentang lagu Cinta Muka Buku
Lagu tersebut sangat comel dan easy-listening, jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Najwa Latif kerana mencipta lagu yang sangat baik. Mungkin ada yang tidak begitu gemar dengan mesej atau lirik yang dituliskan, tapi kita sebagai pendengar harus peka bahawa Najwa Latif hanya menceritakan realiti sebenar kisah cinta remaja zaman sekarang yang bercinta melalu FB. Bagi saya, lagu tersebut sangat bagus dan jujur.


Harapan anda untuk yang mendengar lagu ini
Saya harap semua yang mendengar tidak salah faham dengan niat saya menyanyikan lagu tersebut. Awal-awal lagi saya dah bagitau bahawa lagu itu hanya sekadar hiburan, bukan kerana saya berniat buruk terhadap penyanyi asal lagu tersebut iaitu Najwa. Saya sendiri respect dan kagum pada bakat yang ada pada Najwa. Harapan saya jangan ada pihak-pihak yang berpecah belah dan bergaduh hanya kerana perkara ini, terutamanya dari peminat Najwa sendiri.


Bagaimana untuk menghubungi anda email , FB, Twitter Atau Lain – lain
Anda boleh hubungi saya melalui FB saya, http://www.facebook.com/encikmimpi . Tapi Twitter saya takde, Twitta ada lah. Boleh follow saya di http://www.twitter.com/EncikMimpi . Juga jangan lupa blog kesayangan saya, http://encikmimpi.blogspot.com.

 

Ucapan untuk Buahmulut.Com serta para pembacanya?
Terima kasih kepada Buahmulut.Com kerana sudi datang ke sini untuk menebual saya. Harapan saya supaya Buahmulut.com akan lebih maju dan menjadi blog hiburan yang mampu bersaing di persada maya kita. Kepada semua pembaca, jangan berhenti menyokong saya dan selalu datang jenguk cerita-cerita terbaru di Buahmulut.Com. Saya akhiri dengan serangkap pantun.

Pergi Pavillion membeli peta,
Terlupa bahawa zip terbuka,
Berhati-hati dengan Twitta,
Jangan sampai lebam di muka.

Assalamualaikum. =)



  • http://www.seputehqasehdia.blogspot.com converse

    aiseyyy..x tunjuk muka en mimpi.btw,gudlcuk encik mimpi.study rajin2.=)

  • http://bulatmata.blogspot.com/2011/10/awak-jangan-gatal.html BulatMata

    macho lah sngt.. kih3… ><

    gudluck encik mimpi..

  • http://ucux.acam@gmail.com Anne

    suke baca part en.mimpi jwp soalan yg ke-6..macho gile kn? ^^

  • amirah izzaty

    terbaekk…!!! mashuk….!!

  • http://levelsatu.com levelsatu

    memang best lagu nih. Terbaik la encik mimpi. hehe.. :D

  • http://LyzaQayudonajew.blogspot.com LyzaQayudonajew

    Walaupun saya tidak mendedahkan identiti saya, kepada semua follower, jangan risau. Saya sangat hemsem dan cute, berbakat pula tu. Dan saya langsung tak gay, saya macho gila, lelaki sejati dan menyintai wanita.Huh. <– suka part ni . HAHA .gudluck encik mimpi =)

  • http://suzierahman.blogspot.com suzierahman

    suke3

  • Pingback: ENCIK MIMPI | SUARANYA BUAT SI GADIS TERMIMPI-MIMPI

Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes