Beremosi Tanpa Kontroversi

‘Pada Zaman Dahulu’, Upin & Ipin Bakal Dilupakan?

PADA ZAMAN DAHULU

Sebut sahaja Les’ Copaque Production Sdn. Bhd pasti setiap dari kita akan terfikirkan Watak animasi Upin & Ipin hasil idea kretif anak tempatan yang mengangkat martabat dan budaya seni animasi Rakyat Malaysia. Kali ini Les Copaque bakal mengegarkan sekali lagi Industri animasi tempatan & antarabangsa apabila akan tampil dengan produk terbaru mereka iaitu ‘Pada Zaman Dahulu’. Crews kami dengan kerjasama dari pihak Les Copaque telah membekalkan kami gambaran awal tentang animasi ini.

SINOPSIS SIRI
Pada Zaman Dahulu merupakan siri animasi kedua yang dihasilkan oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. selepas kejayaan siri Upin dan Ipin. Ia menjadikan kisah Sang Kancil sebagai medium hiburan dan pengajaran. Maka tidak hairanlah siri ini sangat sesuai di dalam menyampaikan mesej kepada kanak-kanak terutamanya dengan cara yang mudah dan menghiburkan.


Siri ini memaparkan tentang Aris dan Ara yang tinggal di kampung bersama Aki dan Wan. Terlalu biasa tinggal di bandar menyebabkan mereka sukar untuk membiasakan diri di kampung. Seperti kanak-kanak lain, Aris dan Ara juga nakal dan sering terlibat dengan masalah. Dari situ Aki cuba mendekati cucu-cucunya itu dengan bercerita kisah-kisah Sang Kancil agar mereka belajar dari kesilapan.

Jumlah Episod : 12 episod x 7minit
Bahasa : Bahasa Malaysia
Format : HD




SINOPSIS MUSIM PERTAMA
Pada musim pertama ini, penonton dapat melihat bagaimana Aki seorang datuk yang cuba untuk mendekati cucu-cucunya dengan cara bercerita. Penonton juga dapat mengimbau kembali kenangan mendengar kisah Sang Kancil yang akan disampaikan dengan cara yang lebih menarik serta lucu. Musim pertama ini lebih kepada ingin memperkenalkan kepada penonton watak-watak yang ada di dalam siri ini serta watak dan perwatakan mereka.


WATAK-WATAK PADA ZAMAN DAHULU

Aris
Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun. Merupakan abang kepada Ara. Memiliki ketinggian 130 sentimeter dan berat 50 kilogram. Seorang kanak-kanak yang agak tembam, bermata warna coklat gelap. Sering kelihatan berbaju-T dan seluar pendek. Aris terlalu biasa dengan kesenangan hidup di bandar, maka apabila dia terpaksa tinggal bersama Aki, Aris banyak menghabiskan masa bermain permainan video dan tidak mahu melakukan aktiviti kampung. Sehinggakan Aki terpaksa memaksanya. Walaupun pada luarannya Aris gemar mengusik Ara, namun Aris sebenarnya sangat melindungi dan menjaga adiknya itu. Aris seorang yang sangat bijak dan cepat belajar, sangat bijak sehinggakan adakalanya Aris kelihatan seperti suka berlagak. Aris sangat berharap suatu hari nanti, dia dapat membuktikan bahawa dia lebih bijak dari yang mereka sangkakan. Seperti Aki, Aris juga sangat berbakat di dalam melukis tetapi tidak ditonjolkan di dalam musim ini.

Ara
Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd
Ara merupakan adik kepada Aris. Ara sangat suka bermain dengan patung beruangnya. Baru berusia 5 tahun, tetapi Ara mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Sebelum Ara mulai rapat dengan Aki, Arislah yang menjadi tempat Ara bertanyakan pelbagai soalan. Oleh sebab Ara sangat naif mudah percaya, dia sering diusik oleh abangnya yang adakalanya sengaja memberikan jawapan yang salah. Ara sangat pemalu, itu sebablah dia banyak menghabiskan masa dengan Aris. Sehinggakan Ara kelihatan seperti sangat bergantung kepada Aris. Walaupun pemalu, Ara sebenarnya sangat manja dan sangat suka mendengar Aki bercerita. Apabila Aki mula bercerita, Ara akan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Aki. Si comel Ara ini mempunyai mata yang besar dan bulat bagi seorang kanak-kanak berbadan kecil. Ketinggiannya hanya 100 sentimeter dengan berat 40 kilogram. Mempunyai rambut yang ikal dan suka diikat tocang dengan klip bunga di rambutnya. Ara sering memakai baju-T warna merah jambu dan berseluar pendek.

Aki
Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd
Aki adalah datuk kepada Aris dan Ara. Tinggal di tengah-tengah kawasan sawah padi bersama isterinya, Wan. Masanya banyak dihabiskan dengan berkebun di sekitar kawasan rumah dan melukis. Adakalanya juga, Aki gemar berbasikal mengelilingi kampung, sambil menikmati keindahan sawah padi. Aki dilihat sebagai seorang yang sangat berdikari dan berpengetahuan tinggi. Walaupun sudah berusia 70-an, Aki masih kuat dan bertenaga. Namun begitu Aki mudah terkejut dan pelupa apabila bercerita. Mungkin ramai yang menganggap Aki seorang yang sangat garang, namun hakikatnya Aki sebenarnya sangat gemar bergurau senda dan sayang akan cucu-cucunya itu. Sewaktu bersama Aris dan Ara, Aki suka bercerita. Baginya itu adalah salah satu cara untuk mendidik dan menasihati mereka dengan harapan suatu hari nanti mereka akan menjadi insan yang bertanggungjawab. Aki turut berharap agar dengan bercerita, dapatlah dia mendekati dan memahami cucu-cucunya itu. Aki gemar memakai baju-T Pagoda dan berseluar panjang serta bersongkok. Dengan berkaca mata dan mempunyai janggut halus, Aki dilihat sebagai seorang yang sangat gemarkan bersederhana.

Sang Kancil
Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd
Sang Kancil seekor binatang kerdil namun mempunyai pemikiran yang sangat cerdik dan luar biasa. Sering dijadikan bahan rujukan oleh binatang-binatang di dalam hutan. Oleh kerana kebijaksanaannya itulah, Sang Kancil sangat disegani dan sering terlepas dari genggaman Sang Harimau.

Papa
Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd
Papa dilihat sebagai seorang yang penyabar dan sering memanjakan anak-anaknya. Seorang yang berjawatan tinggi. Papa mempunyai tubuh badan yang agak rendah dan sedikit gempal. Berkumis halus dan mempunyai suara garau. Watak papa tidak banyak ditonjolkan pada musim ini, kerana papa terpaksa bekerja di luar negara.

Wan
Wan merupakan isteri kepada Aki. Seorang yang sangat lemah lembut dan sering tersenyum. Sangat mementingkan kekemasan dan pandai memasak. Walaupun adakalanya Aris dan Ara nakal, namun Wan tidak pernah meninggikan suara dan memarahi mereka. Oleh kerana mereka jarang pulang ke kampung, maka Wan lebih gemar memanjakan cucu-cucunya itu.
Wan sering memakai baju kurung pendek, berkain batik dan beranak tudung. Seperti Aris, Ara dan Aki, Wan juga mempunyai anak mata berwarna coklat gelap.

Mama
Mama seorang yang lemah lembut dan lebih rapat dengan anak-anaknya. Mama seorang yang bertudung dan tinggi lampai. Watak mama tidak banyak ditonjolkan pada musim ini, kerana mama terpaksa mengikut papa yang bekerja di luar negara.

Sang Harimau
Dikatakan Raja Rimba di dalam hutan. Merupakan seekor harimau yang sangat gagah dan digeruni ramai. Tiada yang berani melawan harimau menyebabkan dia berasa bongkak dan sombong. Sang Kancil merupakan musuh ketatnya semenjak kali pertama dia ditipu oleh Sang Kancil. Sejak itu, Harimau bertekad untuk menangkap Sang Kancil hingga dapat.

Sang Tupai
Sang Tupai merupakan satu-satunya binatang yang paling tua di dalam hutan tersebut. Sang Tupai sangat bijak namun dia tidak banyak menonjolkan dirinya. Apabila ada binatang di dalam kesusahan, Sang Tupai turut membantu di dalam diam. Walaupun Sang tupai berjanggut dan bertongkat, namun sebenarnya dia masih lagi kuat dan tangkas.

Sang Kerbau
Sang Kerbau sering mengimpikan untuk menjadi Raja Rimba di dalam hutan itu. Seekor binatang yang baik hati namun terlalu naif dan cepat mempercayai apa saja yang didengarnya. Sang Kerbau mempunyai badan yang tegap dan sasa, namun hakikatnya Sang Kerbau sebenarnya seekor binatang yang penakut dan cepat hilang tumpuan. Sang Kerbau bercita-cita ingin menjadikan Sang Kancil sebagai pengikut pertamanya, tetapi seringkali ditolak.

Ketua Sang Buaya
Seekor buaya yang sangat besar dan menakutkan. Merupakan ketua di sungai dalam hutan tersebut. Sangat licik dan sering menggunakan tipu helahnya untuk menangkap mangsa. Sang Buaya nampak seperti cerdik, namun sebenarnya dia cepat terpedaya apabila dipuji tentang kehebatan dirinya.

Penolong Ketua Sang Buaya
Penolong Ketua Sang Buaya ini sangat serius dan garang. Mempunyai badan yang kecik dan bermulut sedikit tirus. Penolong Ketua Sang Buaya ini sebenarnya lebih cerdik dari ketua mereka, namun dia tidak berani melawan kata-kata ketua kerana badannya yang lebih kecil dari Sang Buaya.

Buaya-buaya
Merupakan pengikut-pengikut Ketua Sang Buaya. Terdapat empat ekor pengikut buaya kesemuanya. Setiap seekor mempunyai watak dan perwatakkan yang berbeza. Namun satu saja persamaan mereka, iaitu mereka akan akur saja segala arahan yang diberikan oleh ketua mereka tanpa banyak soal.

Sang Gajah
Sang Gajah merupakan binatang terbesar di dalam hutan tersebut. Namun begitu, Sang Gajah mempunyai sifat lembah-lembut dan sangat geli terhadap tikus. Sang Gajah sangat periang dan tidak sukakan pertengkaran. Apabila berlaku pertelingkahan, Sang Gajah sedaya upaya tidak menggunakan kekerasan.

Gergasi
Seekor Gergasi yang sangat ganas dan kejam. Mempunyai badan yang sangat besar dan gagah. Semua binatang takut kepadanya, oleh sebab itulah Gergasi tidak segan silu untuk melakukan kekejaman di dalam hutan mereka.


Sang Monyet
Monyet seekor binatang yang sangat periang dan adakalanya nakal. Suka bergayut di atas dahan-dahan pokok sewaktu masa lapang.


Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd

Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd

Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd

Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd

Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd

Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd

Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd

Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd

Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd

Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd

Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd

Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd

Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd

Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd

Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd

Pada Zaman Dahulu - Les’ Copaque Production Sdn. Bhd



  • edi

    saya penggemar upin& ipin dari indonesia…saya suka cerita ni,kalau tak salah tokoh ara & aris ini pernah juga keluar di upin & ipin,di episod minta derma

Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes