Beremosi Tanpa Kontroversi

‘Exclusive Bersama’ Cumi [Youtube Sensation] Dari S’gapore

Bertemu lagi kali ini didalam segmen ‘Exclusive Bersama’. Jika sebelum ini kami melakukan Live Interview & recording bersama dengan  Daiyan Trisha kali ini kami bawakan youtube sensation dari Negara jiran Singapura  iaitu Suhaimi Hashim atau lebih dikenali di Dunia Youtube sebagai Cumi. Nama yang semakin dikenali ramai ini sudah memuatnaik sebanyak 980 Video di youtube baik lagu Cover mahu pun Original. Ikuti Temubual Exclusive diantara Buahmulut.Com dengan Cumi.


Suhaimi Hashim a.k.a Cumi
Facebook / Youtube

 


Terangkan Serba Sedikit Tentang Diri Anda
Saya seorang penghibur youtube (youtube sensation) sejak 2 tahun yang lalu. Saya gemar merakamkan lagu2 cover dan upload ke youtube. Buat masa ini, sudah hamper 980 video yang telah saya upload di Youtube. Ada terdapat 16 lagu ciptaan saya sendiri.

 

Wah Sudah lebih 980 VC sudah diupload ke Youtube. Tak jemu ke?
Tak pernah jemu kerana keikhlasan diri hendak berkongsi kod guitar bersama semua pendengar.

 


Suhaimi Hashim a.k.a Cumi1569

Perkembangan terkini Aktiviti Dunia Seni Cumi Di Youtube & luar?
Sejak saya bertemu dengan Abang Norman Hassan, yang secara sukarela menjadi manager saya, dia telah secara aktif mencari kesempatan2 untuk saya perform di mana2 tempat. Sudah 2 kali, saya keudara di Go Glam, Opening Act di Ria89.7fm. Kemudian Hafeez Glamour telah memilih 10 peserta yang pernah muncul di Opening Act untuk bertanding untuk Go Glam, Go Classic pada hari Sabtu ini di Joo Chiat Complex di Singapura. Saya amat gembira di pileh untuk ambil bahagian. (Harap tonton video yang saya lampirkan)


Program ‘Sepetang bersama CUMI’. Boleh terangkan dgn lebih lanjut.
Tujuan utama ialah megadakan satu wadah di mana pengikut2 cumi boleh bertemu dengan dirinya, begitu juga dengan cumi, boleh bertemu peminat2 nya. Kami inginkan acara ini di adakan dalam suasana yang santai, relax & bersahaja.


Seperti sedia maklum ramai selebriti Melayu Singapura cuba untuk memasuki pasaran Malaysia. Pendapat Anda
Cumi mempunyai ramai pengikut2 di Malaysia, jadi tidak hairanlah kalau cumi akan di kehendaki di Malaysia, tapi bukan untuk masa yang terdekat



Suhaimi Hashim a.k.a Cumi1569

Situasi perkembangan bakat Anak seni Di singapura? Terhad atau sebaliknya.
Perkembangan seni di Singapura memang begitu vibrant sekali. Walau bagaimanapun, untuk bakat anak seni melayu di Singapura terbatas.


Jika dijemput untuk menganggotai sebuah band. Setuju?
Cumi lebih suka menjadi solo kerana lebih suka membuat sesuatu keputusan sendiri dan tidak payah meminta pendapat ahli kumpulan lain.


Jikalau Rezeki seperti mana yang diperolehi Aaron Aziz. Adakah anda akan berhijrah dan menetap di Malaysia.
Insyallah kalau ada rezeki, why not??


5 tahun akan dtg, dimana tahap anda dalam dunia hiburan?
Lebih kerap buat persembahan, mempunyai tempat untuk membuat persembahan secara sambilan dengan lebih tetap & teratur


Seperti yg diketahui saudara mempunyai pekerjaan tetap. Jika ada tawaran semasa hari bekerja Mana yang akan didahulukan.?
Pekerjaan


Bila akan ada VC yang menampakkan keseluruhan Wajah?
Sebenarnya sudah ada dua VC yg menunjukkan rupa; lagu cover Glen Fredly – Akhir Cerita Cinta dan lagu dari Yovie & Nuno – Janji Suci.


Boleh namakan ‘Artis Youtube’ dari Singapura yang anda ketahui yang belum muncul di kaca telivisyen?
Sarah Liyana dari Singapura


Ucapan untuk Buahmulut.Com
Saya merasa terharu kerana di beri peluang untuk di temuramah dan diberi ruang di dalam blog buahmulut.com, berkongsi ruang dengan artis2 yang lain.




Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes