Beremosi Tanpa Kontroversi

Mampukah ’5 Raja Lawak’ Menghasilkan 5 Juta?

Angah, Along, Azrul, Wira dan Faiz Raja Lawak

Jika dilihat pada sasaran 5 juta yang ditetapkan oleh outLOUD Studios terhadap Filem pertama terbitannya iaitu Suatu Malam Kubur Berasap, bagaikan suatu angka rawak yang muncul di screen Kalkulator yg rosak. Apatah lagi Filem ini merupakan buah tangan sulung Syarikat Penerbit Outloud Studios Sdn Bhd. Bagaimanapun angka 5 juta yang disasarkan untuk Filem yang akan ditayangan pada 22 Disember 2011 ini tidak mustahil untuk dicapai jika apa yang dipersembahkan kepada penonton nanti adalah hasil idea yang baik dan mempunyai jalan cerita yang boleh diterima akal masyarakat Malaysia.

Tidak adil untuk kami menilai lakonan ’5 Raja Lawak’ yang dilahirkan daripada rancangan realiti televisyen popular Raja Lawak hanya berdasarkan trailer yang dikeluarkan. Tapi yang pasti lakonan Angah, Along, Azrul, Wira dan Faiz didalam filem Suatu Malam Kubur Berasap ini akan menguji kebolehan bakat masing-masing didalam dunia lakonan mereka. Apatahlagi cerita ini merupakan Filem pertama oleh pendatang baru, Wira dan Faiz Raja Lawak. Menurut Wira, filem Suatu Malam Kubur Berasap adalah sebagai batu loncatan baginya dan berharap melalui filem ini orang ramai dapat mengetahui dia bukan hanya boleh melawak, tetapi juga mempunyai bakat berlakon.

Angah, Along, Azrul, Wira dan Faiz Raja Lawak

Filem yang bergenre Seram komedi ini diarahkan oleh seorang pengarah baru iaitu Erni Chen. Melihat kepada barisan pelakon yang kebanyakanya masih baru ternyata keberanian pengarah baru ini seharusnya di puji kerana berani mengambil risiko untuk mengetengahkan pelakon – pelakon baru seperti Nurul Ain Nordin

“Saya mengambil Nurul Ain Nordin sebagai pelakon baru kami dan saya yakin bakat yang ada dan selain itu juga beliau mempunyai tingkah laku yang baik dan berdisiplin. Saya memberi peluang kepada pelakon-pelakon baru untuk mengetengahkan bakat-bakat yang ada, jikalau tidak siapa lagi yang akan memberi peluang tersebut”, jelas Chen.

Harapan beliau pada filem ini adalah untuk mendapatkan kutipan yang disasarkan iaitu 5 juta dan berharap dapat membuat filem sebanyak 100 filem dalam tempoh 10 tahun akan datang. Filem ini mempunyai jalan cerita yang mudah, suka-duka dan mempunyai unsur seram bercorakkan komedi. Filem Suatu Malam Kubur Berasap juga membariskan pelakon seperti Zac Diamond, Ruminah Sidek, Zami Ismail, Accapan dan pendatang baru Nurul Ain Nordin. Bagi peminat Arwah Pak Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda patut menonton filem ini kerana filem Suatu Malam Berasap adalah karya terakhir beliau.

Sinopsis Ringkas
Filem ini yang berkisarkan tentang seorang budak lelaki yang lurus bendul bernama Atan tetapi sangat ringan tulang. Kisah bermula pada satu malam apabila Atan (Angah Raja Lawak) bersama tiga orang sahabatnya iaitu Bun (Along Raja Lawak), Pet (Azrul Raja Lawak) dan Mie (Zack X Factor) diganggu oleh roh hantu Cempaka (dilakonkan oleh Nurul Ain Nordin). Roh Cempaka berkeliaran dan menggangu penduduk kampung di atas kematiannya yang tidak diketahui akibat di rogol oleh dua lelaki yang jahat.

SUATU MALAM KUBUR BERASAP
FACEBOOK

Random Posts
Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes