Nurul Ain ‘Diganggu’ Makhluk Halus?
Barangkali ramai yang masih samar – samar dengan nama Nurul Ain Nordin. Untuk makluman pembaca, beliau merupakan salah seorang pelakon untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap yang akan ditayangkan pada 22 Dec 2011.
Crew kami berkesempatan unutk menemubual beliau sempena Filem yang bakal ditayangkan kepada umum ini. Melihat perwatakan Gadis manis yang dilahirkan pada 16 August 1988 ini. Nurul Ain Nordin yang lebih selesa dipanggil Ain bolehlah disifatkan sebagai seorang yang happy go lucky, tegas, degil dan suka hidup berdikari tanpa terlalu bergantung pada ehsan orang lain. Ain juga mengambarkan diriya sebagai seorang yang kasar di luaran tetapi mempunyai hati yang lembut. [ye ke lembut? :)]. Bagi kami Ain seorang yang jiwang, tak percaya? cubalah baca blog beliau di http://www.gnolaqeda.blogspot.com/ banyak ayat-ayat puitis yang dicoretkanya disitu
“Bila ditawarkan tentulah rasa happy. Tapi dalam masa yang sama takut. Bukan takut hantu tapi takut tidak mampu lakukan seperti apa yang diharapkan. Sewaktu ditawarkan berlakon saya juga ditawarkan kontrak setahun bersama Outloud Studio sebagai resident artis. Verbal perjanjian bersamaan 5 film. Tapi saya keluar dari Outloud pada Oktober yang lalu dan tubuhkan prodction sndiri iaitu Star scope prodction sdn bhd”
Begitulah ujar Ain apa bila ditanya tentang perasaanya apabila menerima tawaran berlakon filem ‘Suatu Malam Kubur berasap’
Sedar diri masih baru didalam dunia lakonan Ain merasa rendah diri bila digandingkan dengan Along & Angah Raja Lawak. Mujurlah perasaan itu hilang apabila mendapat kerjasama dari mereka sambil menyifatkan kelima lima bekas peserta Raja Lawak sebagai individu yang ‘humble’.
Bercerita pengalamanya semasa pengambaran filem ini, Ain mengakui dirinya ‘diganggu’ sesuatu semasa di set pengambaran
“Ada. Tapi gangguan itu mampu di tangani. Sebab semua orang dekat set pun saling menjaga dan mengingati antara satu sama lain. Scene gangguan itu dapat dirakam semasa saya di Sungai Sendat saya dah penat berendam kemudian dimakeupkan menjadi hantu untuk mengeluarkan tangan di belakang Zach X-fctor. Waktu itu saya tidak dapat rasa tangan saya dan tak mampu kontrol tangan saya, tapi nampak tgn saya bergerak. Itu adalah shot terakhir dan directer cut cakap gud job dan saya terus senyap. Kelu seribu bahasa bila fikir balik.”
Pastinya perkara yang berlaku itu ada tafsirannya yang tersendiri dan menjadi pengalaman yang berharga. Beliau berharap segala penat lelah, kontroversi dan pengalaman yang diperolehi dirinya didalam filem ini akan berbaloi dan dapat menghiburkan para penonton yang hadir menonton filem itu kelak. Bagi kami Nurul Ain Nordin mempunyai bakat yang boleh dikembangkan lagi dan mampu membawa impak yang positif kepada industri Perfileman tempatan jika bakat yang ada digunakan dengan sebaik mungkin dan dapat mengurangkan segala kontroversi yang diciptanya mahupun yang segaja dicipta oleh media.



