Beremosi Tanpa Kontroversi

JIDIN SENGAL Bakal Mengamatkan Hari Anda

Selepas filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP, Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Azrul Raja Lawak dan Zac Diamond (X-Factor) bergabung kembali dan kali ini untuk filem komedi JIDIN SENGAL arahan pengarah muda dan baru Esmi Zahara. Filem JIDIN SENGAL adalah filem kedua terbitan syarikat produksi outLOUD Studios yang bakal menemui penonton pada 22 Mac 2012 nanti. Masih mengekalkan Along dan Angah sebagai pelakon utama, filem JIDIN SENGAL adalah filem yang sarat dengan mesej positif dan Esmi berharap filem ini dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda untuk bekerja keras dan tidak pernah berputus asa untuk mencapai cita-cita. Selain daripada Along, Angah, Azrul dan Zac, filem JIDIN SENGAL juga menampilkan Faezah Elai, Jue Aziz dan penampilan khas oleh Seniwati Mariani, Hamid Gurkha, Norman Hakim, Memey Suhaiza dan ramai lagi.

Jidin Sengal

JIDIN SENGAL mengisahkan Jidin, seorang budak kampung yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang “superstar” pada suatu hari nanti. Dek kerana cita-cita, Jidin turun ke KL dan beliau bertemu dengan Bob Dobot, pelakon ekstra yang juga mempunyai impian memegang watak hero atau setidak-tidaknya pelakon pembantu berdialog. Mereka berdua berkawan baik dan Bob banyak mengajar Jidin selok-belok dunia lakonan memandangkan Jidin tidak mempunyai pengetahuan luas didalam bidang ini.

Pelbagai cabaran dan masalah yang harus mereka tempuhi untuk mencapai impian. Adakah mereka akan berjaya? Nantikan JIDIN SENGAL yang bakal berlegar-legar di pawagam pada 22 Mac 2012 nanti! Untuk maklumat lanjut layari www.jidinsengal.com.


SINOPSIS
JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib.
Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti.

Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit “cut!”. Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka. Berjayakah Jidin dan Bob tampil ke depan sebagai hero? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal? Semuanya akan terjawab dalam filem komedi “JIDIN SENGAL”, berlegar-legar di pawagam 22 Mac 2012.

Jidin Sengal

Jidin Sengal

Jidin Sengal

Jidin Sengal

Jidin Sengal

Jidin Sengal

Jidin Sengal

Jidin Sengal

Jidin Sengal

Jidin Sengal

Jidin Sengal

Jidin Sengal

Jidin Sengal

Jidin Sengal

Jidin Sengal

Jidin Sengal

Random Posts
Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes