Ebi Berharap Di Beri Peluang ke-2
Ebi Kornelis ataupun Ebi merupakan artis yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia yang sudah pun menjadi sejarah. Bagaikan satu malapetaka buat penyanyi yang merupakan Naib juara Akademi Fantasia musim ke 5 (AF5), apabila namanya tenggelam berbanding rakan-rakan seperjuangan di dalam AF5. Ebi telah diumumkan sebagai peserta pertama hot seat untuk program Mania.

Beliau mengakui memerlukan peluang ke 2 selepas AF supaya terus relevan didalam persada industri seni yang semakin meruncing. Membawakan lagu Menyesal dari 6ixth Sense nampaknya belum cukup menyakinkan pengundi bahawa beliau benar-benar layak untuk memenangi hadiah utama berupa wang tunai sehingga setengah juta ringgit.

















