Kamal Adli & Tauke Di Saloma Bistro
Beertempat di Saloma Bistro pada 16 sept 2012 telah berlangsung majlis penyampaian hadiah sempena sambutan Hari Malaysia yang telah dianjurkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

Majlis yang diacarakan oleh pelawak tanah air iaitu Tauke Raja Lawak dan juga Kamal Adli ini turut dihadiri oleh Datuk Saifuddin Abdullah Menteri Pengajian Tinggi
Sempena menyambut Hari Malaysia pihak Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Erama Creative telah menganjurkan pertandingan mudah secara online bagi mengenalpasti dan menilai bakat pelajar dalam mengekspresikan diri mereka terhadap perasaan cintakan Negara. Pertandinan terdiri dari 3 kategori iaitu slogan #siswamerdeka, gambar cintai negara & juga video kemerdekaan












