Beremosi Tanpa Kontroversi

Elfira Loy Digelak Rakan Artis Sertai Fear Factor

Tubuh gagah jangan disangka perkasa, Tubuh kecil jangan pula dipandang enteng, itulah yang dapat kami gambarkan mengenai seorang gadis kecil molek ini iaitu Elfira Loy.


Elfira Loy - Fear Factor Selebriti Malaysia

Pertama kali mendengar namanya menyertai program Fear factor Selebriti Malaysia ini agak menimbulkan pertanyaan kepada kami sendiri. Mampukah gadis kecil ini menghadapi cabaran yang pasti banyak mengunakan kekuatan fizikal?

Segala keraguan tentang keupayaan beliau terhapus sama sekali apabila crew kami dapat berbual denganya seketika baru baru ini di Batu Cave Sempena ‘Boot Camp’ dan sesi taklimat kepada Media.

“Tengok je saya ni kecilkan, tapi sampai hari ini segala cabaran yang diberikan saya dapat buat. Mula-mula tu memang mencabar sebab banyak mengunakan ketahanan fizikal tapi makin lama dah jadi makin senang sebab dah biasa buat. Orang ingat saya tak dapat buat sebab kecil dah tu lembut lagi. Tapi itu apa yang orang fikir pasal saya sedangkan saya ni kalau nak ikutkan kasar juga. Ikutkan saya memang suka buat aktiviti yang lasak. ”

“Bila saya join Fear Factor Selebriti Malaysia ni memang diorang gelakkan saya la. Tapi bila dah start cabaran baru diorang yakin dengan kemampuan saya dan diorang agak terkejut jugalah tengok saya boleh buat semua cabaran tu.” Ujarnya.


Elfira Loy - Fear Factor Selebriti Malaysia

Pasangan Elfira untuk Fear Factor Selebriti Malaysia adalah Ajak dari kumpulan Shiro Raja Lawak. Jelas Elfira, pada permulaan dia mempelawa Ajak untuk menjadi pasanganya didalam program ini responnya agak kurang yakin.

Jelasnya “Bila saya kata dekat abang Ajak jom la kita pasangan dalam Fear Factor ini. Dia macam kurang yakin dengan saya. Katanya dia nak tengok dulu saya macam mana masa dekat Boot Camp nanti. tapi Alhamdullilah dia setuju juga berpasangan dengan saya.”

Tambah Elfira lagi dia menerima pelawaan untuk menyertai Fear Factor ini kerana mahu membuktikan dekat semua pihak yang tidak semestinya orang yang bertubuh kecil tidak mampu untuk melaksanakan tugasan mencabar.

Tambahnya “Setakat pengambaran diadakan Alhamdullilah segala cabaran dapat saya buat. Kalau nak tahu saya ni boleh dikatakan sebagai pembakar semangat buat peserta-peserta yang lain. Kalau saya dapat buat bermakna tiada sebab kenapa peserta yang lain tidak boleh. Itu yang menariknya”

Mengakhiri perbualan bersama kami Elfira sempat berkongsi sedikti perkembangan aktiviti lakonanya. katanya beliau akan muncul dalam telemovie yang berjudul ‘Dalam Hati Ada Taman’ dimana ianya bakal ditayangkan pada 29 Oktober 2012 lakonan bersama Randy Pangalila.

p/s : lebih gambar Elfira Roy Terkini kami lepaskan di link berikut [selanjutnya]



  • Misinida

    go girl

  • http://www.facebook.com/arieff.ilmam Merah Jambu Ehem

    bersenang lenang lah kt dunia ni.. akhirat x nk kejar..

Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes