Beremosi Tanpa Kontroversi

Amir Jahari Layak Ke AJL, Akui Tidak Mahu Terlalu Popular

Mohamad Amirullah Bin Jahari ataupun lebih dikenali Amir Jahari merupakan salah seorang dari 12 finalis yang berjaya layak ke Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) menerusi lagu Tanpamu


Amir Jahari TanpamuMuzik - Muzik Separuh Akhir 2012

Berjaya menempatkan lagunya dikalangan 12 yang terbaik untuk ke AJL 27 pasti memberi keceriaan buat jejaka kelahiran Kuching, Sarawak ini apatah lagi lagu tersebut sepenuhnya ciptaan beliau dan ini merupakan penyertaanya pertama kali di dalam Muzik Muzik.

Amir yang kami temui baru – baru ini menjelaskan, berjaya melangkah masuk ke Separuh Akhir pun sudah terkejut apatahlagi apabila nama diumumkan diantara 12 finalis yang berjaya ke AJL 27.

“Ini merupakan pertama kali lagu Amir masuk pencalonan dan berjaya pula ke AJL. Perkara seperti ini merupakan satu benda yang luar biasa bagi diri amir sendiri. Kalau dilihat dari segi persaingan lagu-lagu lain memang hebat tapi rezeki Amir ada kali ini. Lagipun lagu tanpamu ini merupakan lagu favourite guru Amir dulu dan sekarang dia pun dah tak ada, baru meninggal dunia. Jadi Amir rasa mungkin juga ini berkat dari dia juga lagu ini layak”.

“Kesempatan ini juga Amir nak ucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong amir sejak dari mula sehinggalah lagu ini layak ke Final AJL dan Amir janji akan buat yang lebih baik.” Jelas Amir Jahari


Amir Jahari TanpamuMuzik - Muzik Separuh Akhir 2012

Apabila ditanya tentang populariti yang diraihnya sehingga kini agak hambar walaupun single Tanpamu sering diputarkan diradio, Amir menjelaskan bahawa perkara seperti itu tidak mendatangkan masalah buatnya.

Ujarnya “Buat masa sekarang Amir suka kurang dikenali kerana pada masa ini Amir tidak pentingkan lagi populariti. Bagi Amir biarlah orang lebih mengenali dan suka akan bakat yang ditonjolkan untuk dinilai oleh penonton.

“Bila dah peminat suka hasil karya yang Amir persembahkan baru akan lebih menonjolkan diri dengan imej yang bersesuaian. Tak apalah kalau kurang popular kerana untuk popular pada masa ini Amir masih belum bersedia. Tapi Insyallah akan tiba masanya nanti.”



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes