Beremosi Tanpa Kontroversi

PSY, BIG BANG, SUPER JUNIOR, GEGARKAN PENTAS MAMA 2012

Perhatian kepada semua peminat K-Pop! Anugerah muzik K-Pop yang dinanti-nantikan ramai bakal bersiaran tidak lama lagi. Ya, Mnet Asian Music Awards 2012 (MAMA) kembali untuk tahun ke-4 dan kali ini MAMA 2012 akan bersiaran secara langsung dari Hong Kong Convention and Exhibition Centre (HKCEC).


Rj - Rapper Janggut

MAMA pada asalnya bermula dari Mnet KM Music Festival (MKMF) yang dilancarkan sejak tahun 1999 dan kemudiannya menjadi sebuah festival muzik terbesar di Korea sebelum ditukar kepada Mnet Asian Music Awards pada tahun 2009. Sebagai penghargaan kepada peminat Asia terhadap music K-Pop dan K-Culture, MAMA buat julung-julung kalinya diadakan luar dari Korea iaitu di Macau, China pada tahun 2010 diikuti di Singapura pada tahun 2011.

MAMA 2011 berjaya menarik lebih 1.9 billion penonton apabila disiarkan di 20 buah negara serta menerusi 13 medium ‘online’. Tahun ini, MAMA 2012 akan disiarkan di 85 buah negara dan dianggarkan bakal ditonton 2.3 billion penonton di seluruh dunia!

Seperti tahun sebelumnya, saluran hip 8TV tidak ketinggalan untuk menghidangkan siaran tertunda anugerah muzik terhebat ini kepada para penonton. MAMA 2012 bakal menemui anda pada 30 November 2012 (Jumaat) jam 9.30 malam ekslusif di 8TV! Segmen yang paling dinanti-nantikan penonton semestinya persembahan hebat artis-artis popular Korea. Pentas MAMA tahun ini akan dihangatkan oleh nama-nama besar antaranya Psy, Big Bang, Super Junior, Sistar dan ramai lagi.

Sekiranya tahun lepas penonton dihiburkan dengan persembahan artis antarabangsa will.i.am dan apl.de.ap dari Black Eyed Peace, tahun ini MAMA 2012 menerbangkan dua penyanyi dari Amerika Syarikat iaitu Adam Lambert dan BoB yang bakal menggegarkan pentas MAMA 2012. Dengan senarai terkini artis-artis yang bakal membuat penampilan di anugerah MAMA 2012, 8TV menjanjikan para penonton satu rancangan yang sememangnya hebat dan menghiburkan. Antara nama-nama besar yang akan menyerikan majils anugerah ini termasuklah Jung Woo Sung, Song Seung Heon, Song Joong Ki, Yoon Eun Hye, Han Chae Young, Lee Dong Gun, Jung Il Woo, Kim Sung Soo, Kim Kang Woo, Oh Ji Ho, Jung Gyu Woon, Cho Yoon Hee, Ko Joon Hee, Yoon Si Yoon dan Park Shin Hye. Pelakon popular Jackie Chan dan penyanyi popular Taiwan Wang Lee Hom turut hadir memeriahkan majlis.

“Fenomena K-Pop yang melanda seluruh dunia membuatkan kami teruja untuk menyiarkan anugerah berprestij ini di 8TV. Misi kami adalah untuk menyampaikan kandungan hiburan yang segar sekaligus memenuhi selera penonton,” kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7. “Disiarkan di 85 buah negara, kami yakin bahawa Mnet Asian Music Awards 2012 (MAMA) bakal mara sebagai salah satu rancangan yang pastinya mendapat sambutan hebat di 8TV,” tambah Airin.

Sudahkah anda bersedia untuk menyaksikan bintang-bintang K-Pop kegemaran anda? Tandakan kalendar anda, MAMA 2012 akan bersiaran pada 30 November 2012, 9.30 malam eksklusif di 8TV. Anda juga berpeluang menyaksikan artis-artis popular di acara karpet merah MAMA 2012 yang disiarkan secara langsung menerusi www.tonton.com.my jam 4.00 petang.



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes