Beremosi Tanpa Kontroversi

RIP CURL PRO Terengganu 2012

Bertempat di Pantai Batu Burok Terengganu telah berlangsung satu kejohanan luncur air yang dianjurkan oleh Rip Curl Malaysia pada 28-2 Disember 2012. Kejohanan Luncur Air yang julung kali diadakan ini berakhir pada hari ahad yang lepas dimana dominasi peserta dari negara jiran iaitu Indonesia dapat dilihat apabila menjuarai 3 katogeri dari 5 yang dipertandingkan.


RIP CURL PRO Terengganu 2012

Peluncur yang menyertai kejohanan edisi kali ini tidak hanya pada peserta tempatan sahaja, ianya turut disertai oleh peluncur-peluncur dari serata Asia. Menjadikan acara Rip Curl Pro kali ini merupakan satu kejohanan yang berprestij.

Crew kami turut berada dilokasi RIP CURL PRO Terengganu 2012 bagi merasai sendiri pengalaman pertama kali meyaksikan kejohanan seperti ini. Meriah dan sangat menerujakan, itulah yang dapat kami simpulkan sepanjang 4 hari berada di Pantai Batu Burok.


RIP CURL PRO Terengganu 2012

Pengunjung yang hadir tidak hanya disajikan dengan aksi peluncur profesional sahaja dimana ianya turut disediakan klinik pembelajaran, bagi yang ingin belajar meluncur dengan cara betul dimana ianya dikendalikan tenaga pengajar dari ‘Rip Curl School of Surf’.


RIP CURL PRO Terengganu 2012

Untuk makluman Kejohanan bertaraf 6 bintang ini disertai peserta dari 12 buah negara seperti Malaysia, Indonesia, Maldives, Thailand dan beberapa negara yang lain dan ianya mendapat tajaan & sokongan sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri Terengganu, Rip Curl Malaysia dan penaja yang lain manakala sejumlah RM36,500 dalam bentuk wang dan sebanyak RM22,500 dalam bentuk produk Rip Curl menjadi habuan untuk peluncur yang berjaya menguasai katogeri masing masing pada edisi kali ini.

Dibawah adalah keputusan penuh bagi Rip Curl Pro Terengganu 2012

ASC Men’s Open Division
1. Made Darmayasa (IDN)
2. Garut Widiarta (IDN)
3. Andre Julian (IDN)
4. Sandi Selamat (IDN)

ASC Longboard Division
1. Arip Nurhidayat (IDN)
2. Tipi Jabrik (IDN)
3. Decha Sithidej (THA)
4. Khairil Doje (MLY)

ASC Women’s Division
1. Jesse Hong (TWN)
2. Yasnyiar Gea (IDN)
3. Diah Rahayu (IDN)
4. Salini Rengganis (IDN)

ASC Master’s Division
1. Tipi Jabrik (IDN)
2. James Hendy (ENG)
3. Decha Sithidej (THA)
4. Yasuo Hirana (JPN)

Bodyboard Division
1. Ibrahim Shiman (MDV)
2. Syed El Hussain Syed Atikullah (MLY)
3. Ali Javeed (MDV)
4. Hatta Affendi (MLY)


RIP CURL PRO Terengganu 2012


RIP CURL PRO Terengganu 2012


RIP CURL PRO Terengganu 2012


RIP CURL PRO Terengganu 2012


RIP CURL PRO Terengganu 2012


RIP CURL PRO Terengganu 2012



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes