Beremosi Tanpa Kontroversi

Sunti@Facebook.Com Dedah Masalah Sosial Remaja

Sebut Sahaja filem-filem bergenre seram seperti Tolong Awek Aku Pontianak, Sini Ada Hantu & juga Histeria pasti ianya sinonim dengan pengarah berbakat ini iaitu James Lee.


James Lee Sunti@ Facebook.Com

Sudah menjadi tabiat pengarah ini agaknya apabila masih lagi mahu mengarahkan filem bergenre seram apabila Sunti@Facebook.Com merupakan buahtanganya yang terbaru walaupun indsutri filem tempatan yang berunsurkan mistik dan misteri yang berlebihan ini sudah boleh dikatakan agak tepu.

Pertemuan empat mata dengan James Lee baru baru ini di lokasi pengambaran memberi kami peluang untuk mempersoalkan kenapa filem seperti ini masih mahu diarahkanya walaupun filemnya yang terdahulu seperti Sini Ada Hantu sambutanya agak hambar.


James Lee Sunti@ Facebook.Com

“Saya mahu mengarah filem seperti ini disebabkan semangat yang ada pada saya. Lagipun Sunti@Facebook.Com adalah satu masalah sosial remaja masa kini yang boleh saya simpulkan sebagai sesuatu yang amat serius. Banyak hal-hal yang kurang enak melibatkan pengunaan Facebook terjadi kepada anak muda kita. Jadi saya mahu mewujudkan cerita sebegini dengan mengunakan medium laman social ini sebagai subjek utama”

“Segala kejadian didalam cerita ini bermula di facebook. Dan anak muda adalah mangsa pengunaanya yang melampau. Diharap filem ini mampu memberi satu pengajaran kepada penguna tegar mana-mana medium internet agar sentiasa lebih berhati hati dengan siapa kita berhubung. ”


James Lee Sunti@ Facebook.Com

Ditanya kenapa memilih Fouziah Gous sebagai teraju utama filem ini. James Lee mendedahkan karakter yang terdapat pada Fauziah Gaos adalah bersesuai dengan watak Sunti, sorang gadis kampung yang ayu dan akhirnya menjadi mangsa rogol.

Diterbitkan oleh Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK) dengan kerjasama pengurusan produksi Arie Zahrie Production (AZP), filem Sunti@Facebook.com ini dikhabar sudah selesai menjalani pengambaranya baru baru ini di Ibu Kota dengan barisan pelakonya adalah seperti Fouziah Gous sebagai Sunti Lara, Izzue Islam (Asyiq), Lufya Omar (Jiji), Jenny Cotez (Vida), Anas Mentor (Gel), Syazwan Zulkifli (Adan), Diddy Hirdy (Py), Arief Farhan (Mie), Mizy Radzuan (Lan), Elfaeza Ul Haq (Dura) dan Wana Ariana (Alisya).



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes