Beremosi Tanpa Kontroversi

‘Glamourous Night’ Peluang Peminat Bertemu ADIRA

Buat pertama kalinya Adira Fans Club (ADIRAFC) dengan Kerjasama Adira sendiri akan menganjurkan Malam Gala 2013 buat semua peminat dan penyokong setia Adira. Malam Gala yang akan diadakan pada 27 Jan 2013 ini nanti adalah bertemakan ‘Glamourous’.

 

Adira FC

 

Menurut Wakil ADIRAFC yang kami temui memaklumkan, tema ‘Glamourous’ ini dipilih atas persetujuan Adira sendiri.

Ujarnya “Idea ini tercetus kerana buat pertama kalinya kami menganjurkan Malam Gala sebegini dan kami inginkan sesuatu yang mampu membuatkan mereka yang hadir nanti akan mengingatinya sampai bila-bila.”

“Walaupun AFC ditubuhkan sejak Adira berada di dalam Akademi Fantasia 8 lagi tetapi secara rasminya Kelab ini dirasmikan oleh Adira pada 26 September 2010. Ahli kelab ini (mengikut anggaran di fanpage lama) mencecah 500 ribu, tetapi fanpage asal kami telah dihack dan kami telah membuat satu fanpage baru dinamakan Adira Fan Club Fanpage (www.facebook.com/OfficialAFC).”

“Ini juga merupakan satu peluang untuk peminat-peminat Adira yang menyokongnya sejak dari AF sehinggalah kepada yang baru menyokongnya untuk bertemu pada majlis ini nanti”


Adira FC

Ditanya tentang keistimewaan Malam Gala ini pula wakil ADIRAFC iaitu Hanee menjelaskan bahawa akan ada persembahan istimewa khas dari Adira sendiri dan juga dikhabarkan, terdapat beberapa kejutan yang lain untuk peminatnya yang hadir pada malam tersebut.

“Menjadi harapan kami di ADIRAFC dan juga Adira sendiri agar Majlis julung kali yang akan diadakan ini dapat berjalan dengan lancar dan sudah pastinya kami mengharapkan sambutan dari peminat-peminat Adira sendiri kerana diakhirnya nanti akan ade kejutan dari Adira.” Jelas Hanee mengakhiri perbualan.


Adira FC

‘Sila emelkan resit pembayaran di alamat emel adirafc@gmail.com atau pm kepada Hanee Aas @ Ros Aidah Suhaimi selepas bayaran dibuat. sebarang pertanyaan boleh emel di Adirafc@gmail.com atau sms saya di talian 0129187505′



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes