Beremosi Tanpa Kontroversi

Perbezaan Budaya Membataskan Jenaka Bandung Jokers

Minggu ke 6 akhirnya meyaksikan Bandung Jokers yang dianggotai oleh Dondon, Amin, Aman tersingkir dari pentas Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM) selepas beberapa minggu berada dikedudukan tercorot.


Bandung Jokers Maharaja Lawak Mega 2012

Pada minggu ini setiap 8 peserta yang masih bertarung di pentas MLM dikehendaki membawakan tema rancangan TV. Bagaimanapun persembahan dari kumpulan Bandung Jokers nampaknya masih tidak dapat menarik perhatian juri dan juga penonton.

Bandung Jokers yang kami temui semasa sidang media selepas penyingkiran menjelaskan faktor berhati hati dalam memilih lawak jenaka diantara sebab kenapa lawak yang dipersembahkan adalah terbatas.


Bandung Jokers Maharaja Lawak Mega 2012

“Kami akui masih tidak begitu memahami budaya yang dibawa oleh masyarakat disini. Jadi kami amat berhati hati dalam setiap jenaka yang cuba kami sampaikan. Bukan apa takut ada jenaka jenaka itu nanti akan menyinggung sensitiviti sekelompok penduduk disini”

“Lagipun mungkin juga faktor bahasa bisa menjadi penghalang kerana kami asalnya dari bandung dan bahasa yang digunakan juga amat berbeza. Bagaimanapun kami akan lebih banyak belajar diatas kekurangan yang ada dan kami seronok apabila dapat menyertai Maharaja Lawak Mega 2012 ini kerana persaingannya amat sengit sekali” Ujar Dondon yang masih mampu tersenyum.


Bandung Jokers Maharaja Lawak Mega 2012

Bandung Jokers Maharaja Lawak Mega 2012

p/s : Gambar Sekitar Maharaja Lawak Mega 2012 : Minggu 6 [Selanjutnya]



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes