Beremosi Tanpa Kontroversi

Tidak Ramai Pengarah Yang Bagus – Eman Manan

Eman Manan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum. Lakonanya yang mempunyai jiwa sudah cukup membuatkan nama sepertinya diingati hingga ke hari ini.


Eman Manan - Laga

Pelakon berusia 54 tahun yang berasal dari Kuala Terengganu ini sempat kami temui baru baru ini di Kuala Kangsar, Perak. Ternyata banyak hal yang diluahkanya kepada kami berkenaan industri perfileman yang menurutnya pada ketika ini adalah satu industri yang paling lembap sekali didalam Negara ini, terutamanya dari segi karya yang disogokkan kepada penonton dewasa ini tidak ada yang berjiwa besar.

“Kita sebenarnya tidak mempunyai ramai pengarah yang berjiwa besar dalam menghasilkan filem mahupun drama, walaupun kita mempunyai pelbagai karakter pelakon yang bagus. Namun sayang, kelebihan ini tidak digunakan sepenuhnya oleh pengarah mahupun penerbit.”


Eman Manan - Laga

“Saya akui mungkin juga faktor pembiayaan sesetengah pembikin filem menjadikan kualiti itu terbatas. Ini saya lihat apabila golongan-golongan pemain industri seperti ini nampaknya seakan ditekan dan tidak mempunyai pilihan untuk meletakkan sejumlah harga bagi hasil karya mereka kepada stesen-stesen TV tempatan.”

“Nampaknya pada hari ini stesen TV ini mempunyai lebih kuasa dalam menentukan harga sesebuah drama dan harga itu memang rendah. Itu satu faktor kenapa naskah yang besar tidak dapat dihasilkan. Budaya seperti ini harus kita ubah supaya landskap industri kita akan lebih baik.” Ujar Eman Manan dengan bersungguh – sungguh.

Jelas Eman lagi hal itu tidak hanya pada harga yang ditawarkan kepada penerbit sahaja tetapi menurutnya terdapat beberapa perkara songsang yang wujud pada hari ini di dalam industri harus diperbetulkan segera agar ianya tidak melarat dan mengakibatkan satu impak yang dasyat.

Baginya untuk berjasa kepada Negara tidak perlu berada di barisan hadapan dalam memperkatakan tentang politik, tetapi cukupah sekadar menghasilkan filem dan drama yang bagus yang mampu dijual hingga ke luar Negara.



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes