Beremosi Tanpa Kontroversi

Bapa Anak 2 Juara VOKAL 2 – UCHOP

Foto Oleh : LENSA AYID

Mohamad Yusof Ahmad ataupun lebih suka mengunakan nama komersialnya Uchop telah dinobatkan sebagai juara VOKAL untuk musim yang ke 2, berjaya menewaskan satu-satunya pesaing pada malam akhir, iaitu Mar.


Vokal 2 Akhir - Mohamad Yusof Ahmad (Uchop)

Tuah buat bapa kepada 2 orang anak ini membolehkanya menerima hadiah bernilai RM100,000 selaku juara. Ternyata aura juara Uchop sudah dapat dihidu dari awal lagi di Sri Pentas 2 ini apabila hampir 90% penonton yang hadir adalah dikalangan mereka yang menyokongnya.

Ujar Uchop yang kami temui diakhir VOKAL 2 menjelaskan ini adalah sesuatu hadiah yang bermakna buat dirinya menjelang 2013.

“Ini merupakan satu kemenangan yang memang saya tidak jangkakan dan rasa bersyukur atas kemenangan yang diperolehi pada malam akhir ini. Segala pengorbanan saya mengambil cuti tanpa gaji selama 3 bulan akhirnya berbalas.”

“Mujurlah majikan saya memahami minat saya dan yakin untuk melepaskan saya untuk menyertai VOKAL 2 ini kerana mereka juga tahu yang saya ada bakat dalam bidang ini.”


Vokal 2 Akhir - Vokal 2 Akhir - Mohamad Yusof Ahmad (Uchop)

Tambah Uchop lagi apa yang akan dilakukanya selepas ini ialah akan cuba memasuki kelas vokal bagi memantapkan lagi teknik nyanyianya yang masih banyak kekurangan.

“Saya akui masih banyak teknik nyanyian yang betul yang perlu dipelajari dan saya akan cari guru vokal yang sesuai bagi memperbaiki lagi teknik nyanyian saya. Seperti penyanyi lain saya juga mahu membina jenama sendiri tanpa ada disamakan dengan mana-mana penyanyi yang sedia ada dan saya akan cuba untuk bereksperimen dengan genre rock yang sudah sebati dengan jiwa ini.”

Ditanya tentang pengunaan nama Uchop pula, beliau yakin nama ini adalah bersifat komersial yang mampu membantunya dalam memperkukuhkan indentitinya untuk terus bersaing didalam industri ini

p/s : Lebih Gambar Mohamad Yusof Ahmad (Uchop) sekitar VOKAL 2 akhir(Lihat Gambar)



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes