Beremosi Tanpa Kontroversi

Cha Cha Akur Tuah Milik Emma Maembong

Foto Oleh : LENSA AYID

Jika 2 bersaudara menceburi bidang yang sama dalam satu masa pasti hal perbandingan akan sering diperkatakan. Begitu juga yang terjadi kepada Siti Aishah ataupun nama komersialnya Cha Cha Maembong.


Cha Cha Maembong & Emma Maembong

Pasti semua maklum Cha Cha merupakan adik kepada pelakon baru wanita yang kini sedang meniti namanya dikalangan penonton setia drama-drama picisan Melayu iaitu Emma Maembong.

Walaupun Cha Cha dikatakan terlebih dahulu terjebak didalam bidang hiburan ini namun nasibnya tidak sebaik Emma. Gadis yang berusia belasan tahun ini sempat kami temui di Majlis pelancaran drama terbaru terbitan Suhan Movies iaitu SETIA HUJUNG NYAWA.

Jelasnya “Mungkin tuah Emma lebih dahulu berbanding saya didalam bidang ini. Tapi saya rasa bertuah juga apabila Emma kini sudah semakin dikenali menerusi drama-drama yang pernah dilakonkanya walaupun dia masih baru lagi. ”

“Mungkin dah itu rezeki dia, saya pun tidak kisah dan tidak pula timbul perasaan cemburu kepada Emma berkenaan populariti yang diperolehinya pada masa ini. Lagiun dia kakak saya dan saya pun masih muda, banyak benda yang saya masih perlu belajar dan perjalanan dalam bidang ini juga masih jauh lagi. Tak mengapa jika saya masih kurang dikenali pada waktu ini kerana ketika ini adalah proses pembelajaran saya terhadap industri ini”


Cha Cha Maembong & Emma Maembong

Tambah Cha Cha dia tidak terlalu mengharapkan namanya mekar terlalu cepat didalam industri ini kerana untuk jatuh awal juga kebarangkalianya adalah tinggi. Baginya lagi, cukuplah dia hanya dikenali hanya kerana bakat yang ada, bukan kisah kontroversi murahan seperti mana yang melanda kakaknya sendiri pada ketika ini.


p/s : Lebih gambar terkini Cha Cha & Emma Maembong kami lepaskan di link berikut : [LIhat Gambar]



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes