Beremosi Tanpa Kontroversi

Kilafairy Didakwa Jual Barang Tidak Berkualiti

Foto Oleh : Cipot Redz

Adat berniaga pasti ada feedback yang kurang enak akan didengari hasil barangan yang dijual. Hal seperti itu turut terjadi kepada Syakila Nisha Jangir Khan ataupun Kilafairy apabila didakwa menjual barangan yang tidak berkualiti.


Kilafairy

Benarkah? Ini kerana baru baru ini ada pembeli yang melahirkan ketidakpuasan hatinya apabila mengatakan seperti ditipu kerana menerima barang yang tidak berkualiti.

Lantas kesempatan menghadiri Femes Bazaar yang diadakan di Rasta, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail baru baru ini memberi kami kesempatan bertanya kepada tuan empunya perniagaan, benarkah barangan yang dijual oleh beliau adalah tidak berkualiti?


Kilafairy

“Saya pun tidak pasti kalau ada barang ataupun pakaian yang dijual itu tidak berkualiti. Setakat ini maklumbalas yang saya terima semua mengatakan ok. Malah ada yang kata barang yang dibeli dari saya itu lebih cantik dari dalam gambar yang mereka tengok.”

“Jadi timbulnya isu kata saya tipu pembeli dengan jual barang tidak berkualiti, saya pun tak tahu macam mana. Apa yang boleh saya katakan saya mintaf maaf kalau benar apa yang dikatakan oleh pembeli tersebut.

“Saya akui saya jual barangan dan pakaian yang murah dibawah RM150. Jadi saya pun tak boleh nak jamin sangat pasal kualiti. Lepas timbulnya isu macam ini mungkin lepas ini saya akan jual pula barang yang lagi mahal macam harga RM300 keatas ke kan untuk lebih ada kualiti.” Katanya sambil ketawa.


Kilafairy

Apabila ditanya tidakkah wujud unsur sabotaj mahupun khianat dalam perniagaan yang dilakukan ini Kila enggan mengulas akan hal tersebut.

“Hal yang semacam ini saya tidak boleh kata ya mahupun tidak, dengan status saya sebagai orang selebriti yang dikenali macam-macam hal boleh terjadi. Walaubagaimanapun perkara macam ini tidak buat saya berang mahupun kecewa jika ada yang mengatakan sedemikian kerana ianya asam garam dalam dunia perniagaan dan saya kena ambil ini sebagai satu perkara yang positif.”

“Tapi elok juga kalau ada maklumbalas yang macam ini. sekurang-kurangnya saya tahu
bukan semua barang yang saya jual itu bagus.” Ujar Kilafairy



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes