Beremosi Tanpa Kontroversi

Tersingkir Di MLM 2012, Abon Terkilan Tidak Dihargai

Maharaja Lawak Mega 2012 minggu yang ke 7 menyaksikan kumpulan Sabon yang dianggotai oleh Abon dan juga Sathia tersingkir dari meneruskan persaingan minggu hadapan yang bakal diadakan di Kuala Terengganu.


Sabon Maharaja Lawak Mega 2012

Dengan hanya berbekalkan 50.8% undian dari peminat, ternyata Sabon masih belum mampu untuk terus bertahan hingga ke peringkat Ahir. Walaubagaimana pun menurut Abon hal seperti ini sudah dijangkanya dari awal lagi.

“Kami bangga walaupun tersingkir pada minggu ini tapi dapat bertahan sehingga minggu yang ke7 adalah satu kejayaan buat Sabon. Lagipun kami tidak sangka dapat bertahan sebegini jauh.”

“Undian dari peminat yang kurang diantara faktor kenapa kami tersingkir. Mungkin lawak yang kami buat ini tidak memenuhi citara mereka, terutamanya golongan muda yang banyak melabur untuk mengundi. Kami tidak akan buat lawak yang tiada mesej dan sekadar nak bagi orang ketawa sahaja.”

“Boleh je nk buat lawak yang entah apa-apa untuk bagi orang ketawa. Lagipun kami ni dah berusia nanti kalau buat lawak yang merepek orang kata buang tabiat pulak. Disebabkan itu lawak kami ini ada batasnya, sesuai dengan faktor usia yang masing-masing dah meningkat” Jelas Abon


Sabon Maharaja Lawak Mega 2012

Tambah Abon lagi ini bukanlah satu penamat ataupun tanda merundumnya kerjaya sebagai seorang pelawak buat dirnya dan juga Sathia, Sebaliknya ini adalah hal yang biasa sahaja kerana perjuanganya untuk menyampaikan mesej berilmiah melalui lawak akan setiasa berterusan.

Disebalik tersingkirnya Sabon pada kali ini ada luahan hati dari Abon sendiri yang merasakan pelawak seperti dirinya seperti tidak dihargai walaupun sudah setahun dirinya bergelar juara maharaja lawak yang pertama tapi bayaran untuk setiap persembahan masih lagi sama dengan peserta yang tersingkir awal.

Ujarnya “Bukan saya nak bangga diri ke apa, tidak sama sekali. Cuma saya nak bagi tahu kepada peminat diluar bagaimana cara industri kita ini menghargai orang yang berbakat. Walaupun saya ni bekas juara Maharaja Lawak Mega yang pertama tapi bayaran yang diterima masih lagi sama dengan peserta yang tersingkir awal. Bukanya saya ni nak minta bayaran yang terlalu tinggi, cukuplah sekadar ada perbezaanya. Nak kata saya tak juara dah juara, terbaik pun dah. Jadi apa salahnya hargai pelawak macam saya ini.”


Sabon Maharaja Lawak Mega 2012

Akuinya juga rasa sedikit terkilan apabila seperti dianak tirikan oleh saluran TV yang pernah menobatkanya sebagai sang Juara apabila tidak mempunyai rancangan program sendiri berbanding peserta yang seangkatan denganya.

Mengakhiri perbualan semasa ditemui di sidang media Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke 7, Abon ada meninggalkan serangkap pantun untuk penonton di luar sana.



Air Mata Jatuh Berderai
Bukan satu yang sia-sia
Perjuangan Sabun Belum selesai
Akan Tetap Mengembirakan Rakyat Malaysia.


p/s : Lebih gambar sekitar Maharaja Lawak Mega 2012 minggu 7 di link berikut (selanjutnya)



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes