Beremosi Tanpa Kontroversi

Datuk Aziz Sattar Rancang Tambah Cawangan

Foto Oleh : Cipot Redz

Jika anda pernah ke Rasta TTDI pasti maklum akan satu gerai milik Seniman Negara iaitu Datuk Aziz Sattar ataupun lebih dikenali sebagai Pak Ajis.


Teratak Pak Ajis  - Datuk Aziz Satar

Kesempatan menghadiri Femes Bazar di Rasta TTDI baru baru ini memberi kami kesempatan untuk bersua muka dengan pemilik Teratak Pak Ajis yang menjadikan Mee Rebus Singapura sebagai menu utama. Apa yang istimewanya Mee Rebus ini?

Jelasnya “Perniagaan Mee Rebus ini bermula di Singapura lagi, begitu juga dengan segala resepinya adalah asli dari sana. Keistimewaan Mee Rebus di Teratak Pak Ajis ini adalah dari segi bahan – bahan yang digunakan. Itu yang membuatkan kenapa ianya berbeza berbanding Mee Rebus yang lain.”


Teratak Pak Ajis  - Datuk Aziz Satar

Untuk makluman Teratak Pak Ajis di Rasta TTDI ini diuruskan oleh cucu beliau iaitu Abu Ubaidah Ahmad Ishak, 27. Ditanya tentang sambutan pengunjung pula Pak Ajis rasa bersyukur kerana sehingga ke hari ini sambutan adalah sangat mengalakkan.

“Insyallah dengan sambutan yang baik dari pengunjung yang datang ke gerai kami sehingga ke saat ini memang ada hasrat untuk membuka satu lagi cawangan di setiawangsa tidak lama lagi. Mengikut perancangan juga di cawangan baru nanti mungkin kami akan memperkenalkan menu baru tapi masih dalam katogeri Mee la” Ujar Pak ajis

Tambah Seniman Negara ini lagi beliau bersyukur sehingga hari ini perniagaan Mee Rebusnya tidak lagi menghadapi masalah perniagaan yang teruk dan bersyukur semuanya dalam keadaan baik sambil berharap ianya akan sentiasa berterusan. Walaubagaimanapun cabaran berniaga menurutnya tetap ada terutamanya semasa memulakan perniagaan apabila menghadapai masalah untuk menyakinkan pengunjung bahawa menu Mee Rebus ini adalah terbaik.


Teratak Pak Ajis  - Datuk Aziz Satar



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes