Beremosi Tanpa Kontroversi

Aizat Kecewa Uji Rashid Tiada di Pentas AJL 27

Terukir Di Bintang lagu yang khabarnya dicipta khas untuk bekas kekasih Yuna iaitu Qi ini natijahnya melalui liku-liku jalanan yang penuh dengan kronologi kontroversi yang pasti akan terus diperkatakan dalam beberapa hari ini.


Aizat Terukir DiBintang AJL 24

Walaubagaimana pun nilai RM35,000 sudah sah menjadi milik Yuna selaku Komposer dan Penulis Lirik bagi lagu Terukir Di Bintang yang menjadi Juara untuk Anugerah Juara Lagu 27.

Aizat yang merupakan calon penganti saat akhir bagi lagu ini kami temui semasa sidang media AJL 27 akui rasa terkejut tapi bersyukur diatas kejayaan lagu Terukir Di Bintang pada malam tersebut.

Jelasnya “Lagu ini menang bukan sebab saya yang menyanyikanya, tapi kerana lirik yang jelas dan baik yang dihasilkan oleh Yuna. Jadi Anugerah Juara Lagu ini memang berhak dipegang oleh Yuna selaku Komposer dan Penulis Lirik. Bagi saya jika kekuatan lirik itu sudah nyata sesiapa sahaja yang menyanyikanya tidak ada masalah.”


Aizat Terukir DiBintang AJL 24

Mengulas mengenai kronologi kontroversi yang melibatkan penyanyi ganti asal bagi lagu ini pula Aizat nyata terkejut apabila dimaklumkan oleh pengurusnya disaat akhir yang dia bakal membawa lagu Terukir Di Bintang di pentas akhir AJL 24.

“Semasa ‘sound check’ Kak Uji ada datang dan dia pun terkejut apabila dimaklumkan saya yang mengantikanya. Begitu juga saya. Akuilah saya juga rasa serba salah kerana berlaku hal sebegini, tapi tanggunjawab sudah diberikan dan saya harus laksanakan amanah yang dipegang sebaik mungkin.”

“Saya juga ada terfikir untuk membawa Uji Rashid untuk sama sama membuat persembahan di pentas Akhir AJL 27 ini. Tapi itu semua diluar bidang kuasa saya. Kecewa itu memang ada tapi pasti ada hikmah disebaliknya dan keputusan sudah ditentukan.”


Aizat Terukir DiBintang AJL 24

p/s : Aizat Sekitar AJL 27(Lebih Gambar)



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes