Vokal Terbaik, Trademark Hafiz Di AJL
2 tahun berturut – turut Hafiz Suip berjaya membawa gelaran Vokal terbaik di AJL. Terbaru di AJL 27 yang baru sahaja menohtahkan pemenangnya menerusi lagu Ku Akui.

Reaksi Hafiz sewaktu Dinobatkan Sebagai Vokal Terbaik
Ini membuktikan kemampuan Vokal anak kelahiran Kuching Sarawak ini tidak perlu dipertikaikan lagi.
Jelasnya “Syukur Alhamdulilah diatas kejayaan saya membawa pulang trofi bagi katogeri Vokal terbaik buat 2 tahun berturut – turut. Bagi Hafiz ini satu kejayaan yang membanggakan kerana persaingan bagi katogeri ini sentiasa sengit”
“Kemenangan Vokal terbaik pada AJL 27 kali ini juga sudah pasti membuatkan saya lebih berusaha keras di masa akan datang bagi menjaga reputasi ini. Walaubagaimana pun Hafiz tidak mengangap ini sebagai satu tekanan mahupun bebanan. Kalau boleh saya mahu membuat Trademark sendiri di Anugerah Juara Lagu, dimana nanti orang akan sentiasa ingat Vokal terbaik itu adalah Hafiz. Insyallah”
Mengulas tentang lagu Ku Akui yang mendapat tempat ketiga, Hafiz memaklumkan bahawa dia tidak terasa kecewa dengan keputusan tersebut sebaliknya berbangga diatas pencapaianya pada kali ini di AJL 27. Sambil mengakui kekuatan lirik lagu hasil ciptaan ajai adalah kunci utama lagu ini diiktiraf diantara yang terbaik. Ujarnya juga kalah atau menang itu adalah asam garam didalam sesebuah pertandingan, yang penting dirinya sudah buat sehabis baik.

“Untuk makluman semua, Hafiz akan keluarkan album yang terbaru berjudul HAFIZ yang dijangka akan dipasarkan pada bulan ini ataupun bulan depan. Album kali ini akan dimuatkan dengan 9 lagu dimana ada satu lagu Hafiz tulis sendiri iaitu MUNGKINKAH. Dengan kemunculan album baru ini nanti, kesinambungan Hafiz untuk AJL akan datang diharap sentiasa berterusan” Ujar Hafiz mengakhiri perbualan.
Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!
-
amirus anis dzohry
-
Fathiah69
-
-
MerahH
-
http://www.facebook.com/cristivianna Cristivianna Lia







