Beremosi Tanpa Kontroversi

9 Mac Pierre Andre Bakal Bertunang?

Kisah pertunangan Pierre Andre ini bukanlah satu hal yang baru. Semasa bertemu denganya di majlis tayangan perdana filem Strawberry Cinta lakonanya bersama Yana Samsuddin, Pierre sudah memberikan hint akan kisahnya ini kepada kami apabila ditanya tentang wanita yang berjaya bertahta dihatinya.


Pierre Andre Bakal Bertunang

Walaubagaimanapun dia mengambil jalan yang selamat pada waktu itu dengan tidak mengiyakan mahupun menidakkan kewujudan wanita yang disayanginya itu.

Baru – Baru ini crew kami yang hadir di Bukit Jalil bagi menyaksikan AJL 27 mendapat info dari beberapa rakan yang rapat dengan Pierre bahawa jejaka yang sudah kembali mendekatkan diri dengan agama ini bakal melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihanya pada 9 Mac 2013.

Majlis pernikahan pula khabarnya turut dikatakan akan berlangsung pada tahun yang sama didalam lingkungan penghujung bulan Jun nanti. Jika benarlah bagai dikata sekalung tahniah dari kami di crew BM atas pengkhabaran ini.



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes