Beremosi Tanpa Kontroversi

Adi Putra Tolak Photoshot Tanpa Baju

Sejak dikurniakan dengan kelahiran cahaya mata, Adi Putra khabarnya kini semakin memilih untuk tidak melakukan photoshot sebarangan untuk apa jua bentuk promosi yang melibatkanya, terutamanya dalam keadaan tidak berbaju.


Adi Putra - Cinta Qaseh

“Memang sejak ada anak ini apa jua photoshot yang melibatkan saya, akan dipastikan tidak ada adegan buka baju dan sebagainya yang tidak elok. Kalau boleh saya nak jadi contoh kepada anak saya supaya bila dia dah besar nanti tak rasa malu ada bapa seperti saya.”

“Tapi kalau dalam filem mahupun drama pula, kalau itu dah keperluan untuk menghidupkan sesuatu babak dan watak, maka saya akan pertimbangkan untuk berbuat demikian. Tapi ianya masih bergantung kepada keadaan.”


Adi Putra - Cinta Qaseh

Adi Putra bersama barisan pelakon Cinta Qaseh

Itulah bait-bait ayat yang dijelaskan kepada crew kami sewaktu beliau ditemui di Majlis ‘Malam Bersama Bintang’ baru baru ini bertempat di Restoran Flora Terrace, Jalan Tun Razak.

Bagi peminat tegar cerita Melayu pasti maklum akan drama Cinta Qaseh lakonan Adi Putra, Wawa Zainal & Shahrizal di slot Lestary TV3. Drama 13 episod ini sudah memulakan tayanganya pada 1 Januari 2013. Membawakan watak sebagai Wahyu, Adi Putra menjelaskan ini adalah wataknya yang lain dari yang lain.


Adi Putra - Cinta Qaseh

Jelasnya “Saya senang sekali membawakan watak ini, walaupun Cinta Qaseh ini mengisahkan cerita tentang perkahwinan yang sudah diaturkan sejak dari kecil lagi, tapi ada beberapa elemen penceritaan yang bagi saya diolah dengan baik oleh pengarah drama ini.”

“Menerusi watak Wahyu ini juga saya dapat mempelbagaikan lagi karakter sedia ada ke dalam lakonan saya. Kalau boleh setiap drama dan lakonan yang saya dapat biarlah bukan karakter yang sama sahaja kerana takut penonton mula rasa muak nanti.” Ujar Adi Putra



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes