Beremosi Tanpa Kontroversi

Aaron Aziz Tak Undi Diri Sendiri Di ABPBH

Foto Oleh : CIPOT REDZ

Semakin sengit persaingan semakin terdesak strategi yang digunakan, baik peminat mahupun artis itu sendiri. Ini kerana semata mata mahu meraih undi untuk Anugerah Bintang Popular nanti.


Aaron Aziz Adam & hawa

Harus akui juga ada sesetengah artis yang mengundi untuk diri sendiri dengan mengeluarkan sejumlah modal bagi memastikan dirinya menang untuk katogeri yang ditandingi. Bagi kami hal seperti itu tidak menjadi masalah kerana ini adalah anugerah untuk dilabelkan sebagai popular. Jadi jika setiap artis itu mempunyai kuasa wang yang berlebihan maka populariti boleh dibelinya di Anugerah ini. Lainlah jika anugerah ini mengiktiraf hanya yang terbaik.

Walaubagaimanapun, konsep undi diri sendiri ini tidak menjadi amalam buat pemenang Bintang Paling Popular pada tahun lepas iaitu Aaron Aziz, ini kerana bukanlah menjadi tabiatnya bagi melabur sejumlah wang semata mata mahu mengundi diri sendiri.

“Memang tak lah untuk saya undi diri sendiri bagi ABPBH 2012, lagipun saya tidak terlalu mengharap sangat untuk menang pada kali ini. Saya serahkanya pada peminat saya yang diluar sana. Kalau mereka rasa saya masih layak untuk diundi maka silakan dan saya sangat menghargai apa yang peminat saya sudah lakukan selama ini.”

“Tapi tipu la juga kalau saya kata tak nak menang. Apa-apapun saya serah pada takdir juga. Kalau nak tahu sebenarnya saya rasa tertekan untuk ABPBH pada kali ini. Semua pun tahu saya menang anugerah ini tahun lepas, jadi untuk mengekalkanya itu yang sukar.” Aaron Aziz



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes