Beremosi Tanpa Kontroversi

Pengacara 999 Hazlin Hussain Di Ugut

Foto Oleh : CIPOT REDZ

“Pengalaman paling tidak dapat saya lupakan ialah apabila diugut bermacam macam untuk mencederakan saya di hadapan Sri Pentas TV3 sampaikan 2 hari tidak tidur, kerana takut memikirkan akibatnya kalau ugutan itu benar-benar terjadi nanti.”


Hazlin Hussain pengacara 999

“Bagaimana pun pada waktu itu apa yang dapat saya lakukan hanyalah berserah kepada Allah agar dilindungan dari segala perbuatan khianat sambil maklumkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.”

“Bagi saya ini semua pengalaman akibat kesilapan sendiri juga apabila mengunakan telefon bimbit peribadi untuk membuat panggilan terhadap suspek yang disyaki dan itu satu pengajaran yang berguna buat saya agar lebih berhati – hati.”

Itulah diantara rentetan pengalaman cemas yang diceritakan kepada kami oleh Hazlin Hussain yang merupakan seorang pengacara bagi program 999 di TV3 dan kini bertugas selaku pembaca berita bagi slot Buletin Utama.


Hazlin Hussain pengacara 999

Ternyata personaliti TV yang bakatnya dicungkil menerusi program Gadis Melayu musim ke 2 berjaya membuka peluang buat gadis yang kelihatan tegas ini berkecimpung didalam dunia penyiaran bersama TV3.

Ujar Hazlin “Dalam menyampaikan berita yang mengandungi unsur jenayah mimik muka harus memainkan peranan yang paling penting. Macam satu anugerah pula apabila saya dianugerahi kelebihan seperti ini. ada juga kawan-kawan yang cakap bila diorang tengok saya dekat kaca tv kata saya serius semacam je.”

p/s : Wajah – Wajah Terkini Pembaca Berita Buletin Utama (Klik Utk Lihat Gambar)



  • Ani_2936@yahoo.com

    Assalamualaikum..hai kakak HAZLIN kakak comel adeq minat sangat ngan kakak..

Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes