Beremosi Tanpa Kontroversi

Elfaeza Ul Haq Harap Zed Zaidi Tidak Kacau

Foto Oleh : CIPOT REDZ

Adam & Hawa baru saja menoktahkan perjalanan agungnya baru baru ini apabila episod ke 80 adalah fantasi terakhir bagi drama yang diadaptasi dari Novel terkenal ini.


Elfaeza Ul Haq

Drama yang mendapat sambutan hebat dari penonton ini secara tidak langsung memberi publisiti juga buat muka-muka baru yang berjinak didalam industri ini. Diantaranya ialah Elfaeza Ul Haq, 27.

Anak ke 2 dari 4 orang adik beradik ini asalnya dari Singapura. Lantas timbul persoalan di benak fikiran kami sudahkah dia memiliki permit kerja ataupun setidak tidaknya menjadi ahli Seniman?

Peluang bersua Muka dengan gadis yang penuh dengan senyuman ini memberikan kami jawapan yang dikehendaki.


Elfaeza Ul Haq

Jelasnya “Permit dalam proses untuk mendapatkanya dan saya akui ada masalah kecil dalam memohon permit kerja di sini, namun saya berharap akhirnya nanti permit kerja tersebut akan sampai di tangan saya.”

“Tentang menjadi ahli untuk Seniman dalam proses juga. Memang terlintas untuk berdaftar dengan persatuan Seniman sejak dari dulu lagi bagi membolehkan saya berlakon di sini. Bukan sebab isu yang tengah hangat pada masa ini akibat kelantangan Zed Zaidi tentang artis luar bekerja di sini tapi memang niat untuk berdaftar supaya tidak mendatangkan masalah di kemudian hari. ”

“Bercerita tentang Zed Zaidi ni sebenarnya saya pernah berjumpanya sebelum dia menjadi presiden Seniman lagi dan saya tak rasa dia akan lakukan perkara yang sama kepada saya seperti mana yang dia lakukan terhadap artis luar lain sebelum ini.” Ujar Elfaeza Ul Haq dengan penuh yakin.



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes