Beremosi Tanpa Kontroversi

Jozan Tepati Ramalan Di Maharaja Lawak Mega 2012

Tamat sudah perjalanan hampir 10 minggu buat pelawak generasi ke 3 di pentas Maharaja Lawak Mega 2012. Minggu akhir yang berlangsung di Stadium tertutup MBJB, Johor nyata mengundang hampir 5 ribu peminat yang datang memberi sokongan kepada pelawak kegemaran mereka.


Maharaja Lawak Mega 2012

Jozan seperti diramal banyak pihak berjaya mengenepikan saingan dari kumpulan Jambu yang menduduki tempat ke 2 dengan 21%, Shiro 19&, Boboi 18% manakala tempat ke 5 pula dari kumpulan yang berasal dari Indonesia iaitu Saywho dengan 18.3%.

Walaupun Stadium tertutup MBJB dipenuhi dengan penyokong Jambu namun ianya tidak dapat menghalang kemenangan yang sudah dijangka dari awal lagi buat pasangan duo iaitu JOZAN (Johan dan Zizan) yang menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM500,000. Bercakap kepada crew kami sebaik ditemui disidang media, Zizan nyata bersyukur dengan kemenangan ini.

Ujarnya “Syukur Alhamdulillah diatas kejayaan ini. Inilah hasilnya dari kerja keras kami selama ini di pentas Maharaja Lawak Mega pada kali ini. Rasa sebak pun ada apabila anugerah ini menjadi milik kami. Bagaimanapun tidak saya lupakan buat peminat yang sentiasa mengundi Jozan walaupun saya berkeseorangan hampir 2 minggu di MLM 2012″


Maharaja Lawak Mega 2012

Bagi Johan pula kemenangan ini adalah satu permulaan yang hebat bagi dirinya dan juga jenama Jozan itu sendiri. Walaupun dia kini sedang menjalani rawatan susulan pembedahan di kakinya, semangat untuk menjadikan Jozan juara akhirnya berbaloi.

“Saya hanya mampu beri penghormatan kepada Zizan kerana berjaya mempertahankan kedudukan Jozan sehingga ke peringkat Akhir. Bukan senang untuk bertindak seorang diri di pentas sebgini, tetapi Zizan membuktikan yang dia memang layak.”

“Secara keseluruhanya saya berpuas hati dengan persembahan pada malam ini. Dengan kekurangan untuk melakukan latihan bersama tapi kami masih mampu membuat penonton ketawa dan itu bagi saya satu kejayaan ” Ujar Johan yang berkerusi roda.

p/s : Gambar Sekitar Maharaja Lawak Mega Akhir 2012 [Baca Selanjutnya]



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes