Beremosi Tanpa Kontroversi

Anak Bini Punca Johan Kembali

“Doktor yang merawat saya sebenarnya tak benarkan saya travel jauh sebab akan memberi kesan kepada sakit saya, tapi saya fikir memandangkan saya ada Anak Bini yang perlu ‘disuap’ maka saya gagahkan diri untuk turut sama berada di pentas akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) bersama Zizan. Lagipun ini adalah salah satu punca rezeki saya”


Maharaja Lawak Mega 2012

itulah kata-kata Johan kepada kami sewaktu ditanya kenapa mempertaruhkan kesakitan yang dialami untuk beraksi di pentas akhir MLM baru baru ini di Johor Bahru.

Segala kesakitan yang dialaminya itu akhirnya berbaloi apabila Jozan yang semua sedia maklum berjaya menguasai MLM bagi edisi yang ke 2.

Bagaimanapun kesakitan yang dialami Johan menurut doktor bakal bertambah parah akibat kedegilanya untuk bergerak dalam perjalanan yang jauh dan sekurang kurangnya 6 bulan diperlukan untuk kembali sembuh.


JOhan Maharaja Lawak Mega 2012

“Seperti yang saya cakapkan keluarga saya memberi satu inspirasi untuk saya terus berjuang dengan kesakitan yang ada. Lagipun Saya percaya Tuhan sudah tetapkan rezeki buat saya cuma tak tahu yang mana satu je. Jadi sayalah yang kena berusaha dan tentukan yang mana rezeki saya.” Ujar Johan yang berkerusi roda

Johan turut menjelaskan dia mengambil risiko untuk tidak bertongkat pada saingan akhir MLM 2012 kerana tidak mahu meraih simpati penonton sebaliknya mahu membuktikan yang penonton mengundi Jozan kerana lawak yang dipersembahkan.

p/s : JOZAN Sekitar Maharaja Lawak Mega Akhir [Lihat gambar]



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes