Beremosi Tanpa Kontroversi

Arash Mohd Dakwa Segmen ‘Katanya’ Azwan Ali Menghina Artis Tempatan.

Agak lama juga kami menanti kisah sebenar disebalik kenyataan Arash Mohamad di mana-mana akhbar mahupun kaca TV berkenaan kenyataanya di Twitter berkaitan program Propaganza melalui Segmen Katanya yang dikendalikan oleh Azwan Ali aka Baby AA baru baru ini. Malangnya kami tidak jumpa naskah tersebut ataupun munkinkah kami terlepas pandang?


Arash Mohamad

Seperti satu kebetulan atas rintihan tersebut apabila baru baru ini crew kami berkesempatan bertemu dengan Arash Mohamad secara tidak sengaja di selatan tanah air. Lantas kami cuba dapatkan penjelasan sebenar berkenaan halnya ‘mengamuk’ di twitter dan juga kenapa tiada kenyataanya dimana-mana media arus perdana tentang isu ini?

Jelasnya “Sebenarnya Ada beberapa wartawan dari akhbar tempatan ada bertanyakan pasal hal ini kepada saya, malangnya artikel itu rasanya tidak ada dikeluarkan sampai sekarang. Apa yang diberitahu kepada saya, apa-apa yang melibatkan Azwan Ali ni diorang dah dapat arahan untuk tidak siarkan dalam akhbar oleh pihak atasan kerana katanya dia dah dikenakan tindakan ‘ban’. Begitu juga dengan wartawan Propaganza ada juga interview saya, juga tak keluarkan sebab yang saya kritik itu datangnya dari program mereka”


Arash Mohamad

“Saya ada buat aduan dekat Norman sendiri supaya segmen itu dikaji semula begitu juga dengan presiden Seniman sendiri iaitu Zed Zaidi supaya pantau dan lakukan sesuatu segmen dalam program tersebut sebelum saya kumpulkan semua rakan artis untuk buat PC nanti sebab banyak rakan-rakan artis yang lain sokong apa yang saya utarakan.”

“Ramai artis lain sebenarnya yang tak suka dan marah dengan caranya macam tu tapi diorang tak berani nak bersuara, saya faham. Sebab tu kenapa saya bersuara akhirnya. Kalau ada mana-mana artis lain yang rasa tindakan saya ni betul jangan takut untuk nyatakan sokongan. Apa yang saya buat ni sumpah ‘lilah’ dengan nama Allah bukan untuk meraih publisiti murahan seperti mana yang didakwa, tapi saya taknak maruah artis ni dipandang hina sampai sebegitu sekali.”

“Saya akui bukan semua artis itu baik tapi ramai juga yang akal pemikiran mereka tinggi. Tapi jangan la engkau nak jaja kisah – kisah artis dengan cara melalak guna loudhailer ditempat awam, dah tu dengan pelancong asing sekali engkau babitkan sama, melampau sangat caranya. Tak ke menjatuhkan maruah artis.”

“Kita cukup faham artis ni memang dijadikan bahan gosip untuk keuntungan dan hiburan sesetengah pihak. Tapi bila caranya macam tu dengan gaya penampilanya macam itu, memang tak boleh diterima langsung. Saya sebenarnya tak ada apa-apa masalah peribadi dengan Azwan Ali dan saya tahu peribadinya macam tu. Cuma cara dia dalam segmen tersebut bagi saya memang salah dan terlalu melampau.”


Arash Mohamad

Menurut Arash lagi sebelum ini dia tidak pernah ambil peduli dengan mana-mana program TV yang menjaja kisah artis kerana dia faham akan industri ini berjalan tapi kali ini katanya lagi dia terpaksa untuk bersuara disebabkan cara pembawaan segmen ‘Katanya’ itu sudah melampaui caranya dan takut jika tidak dibendung dari awal akan menjadi semakin teruk.



  • Alyanurshahirah

    sokong arash!!..

  • Faiqahfasihah

    sokong ARASH! 
    Sy tk suke image Azwan Ali!
    asyik nk cari gaduh je.. hampeh betul!

  • Mana12

    saya juga sokong apa yang dikatakan oleh arash
     

  • Hainie73

    Sokong 100 juta kali….. tah pa2 5ah BABY AA

Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes