Beremosi Tanpa Kontroversi

Kaut 1.7 Juta dlm 4 Hari, Juvana Bakal Disekuelkan?

Filem Juvana ternyata sebuah filem yang dinanti-nanti peminat filem tempatan kerana berjaya menarik perhatian penonton ke pawagam sehingga berjaya mencapai kutipan 1.7 juta dalam masa empat hari tayangan.


Poster Juvana

Filem arahan Faisal Ishak yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei pada 24 Januari lalu memberi perkembangan positif bagi tahun ini selepas kemerosotan kutipan filem-filem tempatan pada tahun lalu.

Ternyata Juvana yang dibintangi pelakon-pelakon popular seperti Johan As’ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan Syafie Naswip bolehlah dianggap sebagai faktor utama kenapa filem ini menerima sambutan yang mengalakkan dari penonton tempatan apatah lagi filem Juvana ini merupakan kesinambungan daripada drama bersiri Juvana yang disiarkan di TV3 tidak lama dahulu. Ada juga permintaan dari penonton yang mahukan filem ini disambung lagi ke layar perak.

Ujar penerbit filem, Kabir Bhatia, “Ramai yang bertanya tentang sekuel filem Juvana selepas menonton di pawagam, bagi kami segalanya bergantung kepada sambutan filem ini terlebih dahulu. Sekiranya sambutan bagus, mungkin akan ada sekuel Juvana. Kami harapkan lebih ramai yang akan ke pawagam kerana filem ini sangat berbaloi untuk ditonton .”



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes