Beremosi Tanpa Kontroversi

Along Cham Terkilan Difitnah Mengongkong Zila

Apabila dapat bertemu dengan Along Cham baru baru ini dimajlis tayangan perdana filem terbaru lakonanya, timbul satu persoalan di benak fikiran kami iaitu kemanakah hala tuju karier isterinya yang juga merupakan seorang bekas peserta AF4 iaitu Zila Seeron?


Poster Juvana

Agak jarang dapat melihat isterinya itu dimana-mana persembahan pentas pada ketika ini. Benarkah Zila kini dikongkong oleh Along dengan tidak mengizinkanya bernyanyi lagi?

Jelas Along Cham “Tidak, bukan saya yang mengongkong dia untuk terus bergiat aktif dalam bidang nyanyian pada masa ini, tetapi situasi bagi industri sekarang terbatas untuk dia kembali aktif muncul dengan lagu baru. Kalau kita tengok hari ini nak cipta satu lagu pun hampir sepuluh ribu ringgit. jadi duit yang sebanyak itu lebih baik saya melabur ke tempat yang lain. Industri sekarang ni pun tak macam dulu.”


Poster Juvana

“Jadi kalau nak guna istilah kongkong tu memang tak tepatlah. Lagipun dia ada juga muncul dalam program Tv cuma tidak banyak jela. Mungkin sebab itu ada yang beranggapan seolah – olah saya ni seperti seorang suami yang mengongkong si isteri sedangkan hal itu bagi saya hanya satu salah tafsir bagi yang ambil berat akan kami berdua.”

Tambah Along juga untuk 2013 ini beliau memang sudah ada perancangan untuk berduet bersama Zila dan masih dalam proses pemilihan lagu yang sesuai dengan konsep mereka berdua. Bagaimanapun beliau menegaskan tidak tergesa gesa untuk membuat pemilihan lagu kerana tidak mahu memilih material yang tidak berkualiti.



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes