Beremosi Tanpa Kontroversi

Hanya 2 Kali Lafaz Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan Sah Sebagai Suami Isteri

SAH!! Hanya dengan 2 kali lafaz sahaja, pelakon wanita cilik ini iaitu Liyana Jasmay sah bergelar isteri buat pasanganya iaitu Fathudin Mazlan, yang merupakan rakannya sejak kecil lagi. Majlis pernikahan pasangan ini telah diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30pagi tadi sebelum bersanding di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sebelah malamnya.


Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan Nikah

Majlis yang meriah ini dihadiri hampir 300 tetamu jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua dua belah pihak serta jemputan untuk wakil media dan turut hadir ialah beberapa rakan artis terdiri daripada Lisa Surihani, Tam dan ramai lagi

7 dulang hantaran daripada pihak perempuan ialah sepasang kasut Prada, dompet, jam tangan Tag Heuer, manisan, tepak sirih dan juga cincin.. Manakala bagi pihak Fathudin Mazlan pula membalas dengan 5 dulang hantaran berupa seutas gelang emas sebagai mas kahwin berjumlah RM5, 500, tas tangan, wang hantaran berjumlah RM28,300.88, seutas rantai emas & cincin serta sepasang anting-anting .

p/s : Gambar Nikah Liyana Jasmay. Lebih gambar di link berikut [selanjutnya]



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes