Beremosi Tanpa Kontroversi

Shae Lari ke Malaysia

Hanya satu single sudah mampu mengangkat martabat penyanyi kelahiran Indonesia iaitu Shae diterima secara mengila peminat di Malaysia. Betapa pemurahnya rakyat Malaysia mengangkat martabat karya asing untuk dijadikan satu hiburan alpa.


Shae Sayang

Ini berbeza dengan penerimaan masyarakat di negara asalnya apabila kemunculan penyanyi kacukan ini ternyata dipandang sepi. Malah ramai di sana tidak mengetahui pun akan munculnya seorang penyanyi baru yang bernama Sheryl Gething atau Shae.

Disebabkan faktor itu Shae kini kembali ke Malaysia untuk tempoh yang lebih lama bagi mempromosikan singlenya yang berjudul Sayang apabila mengetahui sambutan peminat disini mudah dimanipulasi. Sewaktu ditemui baru baru ini Shae, 19 mengakui dia sedar akan penerimaan peminat di negara asalnya.


Shae Sayang

Jelasnya “Bagi saya hal seperti ini tidak perlu diambil terlalu serius kerana apa yang penting saya akan berusaha untuk memenangi hati pendengar di sana satu hari nanti. Lagipun saya masih baru mungkin pendengar pun jarang dengar lagu saya.”

“Soal dimana saya berjaya sebagai penyanyi pun tidak penting kerana bagi saya menyanyi ini adalah cinta saya sejak dari dulu lagi. Saya amat senang mencipta nama di Malaysia. Peminat di sini lebih menghargai saya berbanding di indonesia. Bagaimanapun sudah pasti saya akan berusaha lagi untuk memenangi hati pendengar di Indonesia.”

“Untuk berasa terkilan sebab tidak dikenali di sana tidak pernah ada dalam hati saya. Lagipun disana banyak persaingan untuk artis baru seperti saya. Jadi apa salahnya jika saya mahu mencuba nasib di sini terlebih dahulu”

p.s / Lebih Gambar Terkini Shae di Link Berikut : Lihat Gambar



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes