Beremosi Tanpa Kontroversi

Shila Amzah Mohon Maaf. Rela Berpisah Jika Hubungan dgn Sharnaaz Ahmad Memudaratkan

Lewat malam tadi hampir kesemua media menerima kiriman email kenyataan rasmi dari penyanyi penuh dengan kontroversi akibat hubungan dengan “Chenta Hatinya” iaitu Shila Amzah.


Shila & Sharnaaz

Apabila memperkatakan hubungan Shila & Sharnaaz, pasti perasaan menyampah itu akan wujud pada setiap mata yang memerhati. Bukanya cemburu terhadap pasangan ini namun sikap ‘Over’ terhadap perhubungan yang mereka bina dihadapan khayalak ramai telah menimbulkan pelbagai polemik baik yang ditimbulkan oleh Shila mahupun Sharnaaz.

Terbaru pergeseran tentang ‘hak’ keatas Shila telah timbul diantara Sharnaaz Ahmad dan juga ‘bakal mertua’ nya itu iaitu ND Lala memanjangkan lagi masalah drama keluarga ini. Atas sikap tidak mahu menimbulkan permasalahan yang berlarutan maka Shila mengeluarkan satu kenyataan rasmi tentang hal ini bagi meredakan seketika persepsi terhadap mereka.

Kenyataan Rasmi Shila Amzah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila. Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama Shila berdiam diri.

Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila. Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan shila dengan baik selama hari ini.Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya. Dia tidak sepenuhnya bersalah. Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua “damage” yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya. Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk shila maka jauhkan lah.

Jodoh, pertemuan, Ajal dan maut di tangan Allah SWT.Shila berdoa agar semua berdamai.Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku. Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati .Demi Allah Shila sangat sayangkan anda semua.



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes