Beremosi Tanpa Kontroversi

“MAGICAL MOMENT” AZ YET & JACLYN VICTOR

Bersempena dengan pemasaran filem Bahasa Inggeris Animasi 3D pertama terbitan KRU Studios berjudul “Ribbit” untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, KRU Music dengan bangganya mempersembahkan lagu tema filem tersebut berjudul “Magical Moment” yang dinyanyikan oleh salah satu bintang tersohor Malaysia iaitu Jaclyn Victor dan kumpulan R&B antarabangsa Az Yet!


AZ YET & JACLYN VICTOR

“Magical Moment” telah dicipta dan digubah oleh Edry Abdul Halim dengan lirik nukilan ahli kumpulan Az Yet sendiri yang terdiri daripada Dion Allen, Shawn Rivera, Kenny Terry dan Claude Thomas. Ini merupakan satu lagi titik kejayaan buat Jaclyn Victor sejak bernaung dibawah KRU Music pada Januari 2012. Jac, pemenang AIM Persembahan Vokal Wanita Terbaik baru-baru ini; begitu teruja kerana dapat berpadu suara dengan artis berkumpulan bertaraf antarabangsa.

“Saya sangat terharu bila diberikan peluang ini kerana saya tidak sangka dapat merakamkan lagu dengan sebuah artis berkumpulan antarabangsa yang sangat disegani dan saya harap semua orang akan menyukai lagu ini.” jelas Jaclyn Victor.

Ini juga merupakan lagu Bahasa Inggeris pertama buat Jac yang dirakam bersama KRU Music selepas merakamkan dua buah lagu Melayu iaitu “Sebelah Jiwaku” dan “Jagalah Diri” sebelum ini. Bagi kumpulan Az Yet pula, ini adalah satu kemunculan semula yang dinanti-nantikan peminat bukan saja di Asia tetapi juga di seluruh dunia.


AZ YET & JACLYN VICTOR

Filem animasi “Ribbit” akan dilpasarkan pada penggal kedua tahun ini dan menampilkan suara bintang-bintang antarabangsa ternama seperti Sean Astin dari filem Lord of The Rings, Tim Curry serta Russell Peters.



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes