Beremosi Tanpa Kontroversi

6 PROGRESIF

Drama bersiri yang telah berjaya menarik minat penonton di TV9, 6 Progresif yang memaparkan kehidupan para pelajar sekolah serta persahabatan akrab di antara Nik, Lily, Dahlia, Kecoh, Rempit, Sideburn dan kemuncalan Sapuan yang banyak mengucar-kacirkan persahabatan mereka kini sampai ke kemuncaknya.


Hanis Zalikha

Drama 6 Progresif yang dibintangi Zahiril Adzim, Nas Muammar (Nas-T), Bella Dally, Faralyna Idris, Syazwan Zulkifli, Fadlan Hashim dan Fauzy Al-Qadry bagai mengimbau kembali kenangan ramai di sewaktu zaman persekolahan mereka.

Episod akhir 6 Progresif di slot Aurora ini akan menyaksikan Cikgu Ahmad menghadapi masalah besar dan pening kepala disebabkan karenah Rempit dan Sideburn. Mereka telah ditangkap oleh Lembaga peperiksaan kerana percubaan untuk mencuri kertas peperiksaan STPM.

Untuk menyelesaikan masalah itu, Nik telah dilantik oleh Cikgu Ahmad untuk mencari kebenaran dan membuktikan siapa yang patut dipersalahkan atas kejadian ini. Jika Nik tidak berjaya untuk menyelesaikan kes ini, Rempit dan Sideburn akan dikenakan tindakan berat. Mereka akan dilarang untuk menduduki peperiksaan akhir STPM dan lebih teruk lagi mereka akan dibuang sekolah!

Dapatkah Nik menyelamatkan Rempit dan Sideburn daripada menerima hukuman dan dibuang sekolah? Saksikan kesudahan kisah persahabat ini dalam episod akhir 6 Progresif pada Khamis ini, 14 Februari jam 8.30 malam hanya di TV9!



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes