Beremosi Tanpa Kontroversi

Astro Ria : Romantika

Astro sentiasa menggiatkan usaha-usaha menyediakan pelbagai program menarik untuk tatapan para pelanggan. Terbaru, Astro dengan berbesar hati memperkenalkan sebuah rancangan di Astro Ria yang menyingkap kehidupan pasangan selebriti di sebalik dunia glamor berjudul Romantika yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Selasa, jam 9.00 malam bermula 5 Februari 2013 menerusi saluran 104.


Hanis Zalikha

Romantika merupakan sebuah rancangan berkonsepkan drama realiti yang menyingkap kisah pasangan selebriti ternama di Malaysia. Rancangan ini memaparkan pengalaman mereka menguruskan rumah tangga dan kehidupan realiti yang dilalui di sebalik lensa kamera dan kehidupan glamor sebagai selebriti terkenal. Sepanjang 13 episod, Romantika yang berdurasi selama 30 minit akan membawa penonton lebih rapat dengan kehidupan sebenar pasangan selebriti yang mereka minati.

Pasangan Que Haidar dan Linda Jasmine akan membuka tirai Romantika pada hari ini (5 Februari). Nantikan pula kemunculan selebriti terkenal lain seperti Linda Rafar dan Syed Aiman (12 Februari), Ayu Raudhah dan Zaquan Adha (19 Februari), Mawi dan Ekin (26 Februari), Sheila Rusly dan Jinggo (5 Mac), Lisa Surihani dan Yusry (12 Mac), Lisdawati dan Fauzi Nawawi (19 Mac), Adlin Aman Ramli dan Emelda (26 Mac), Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Harlina Yusof (2 April) dan ramai lagi.


Hanis Zalikha

Pada setiap episod, segmen pertama Romantika akan memaparkan aktiviti harian pasangan selebriti bersama-sama anak-anak atau rakan-rakan di kediaman mereka. Manakala segmen kedua akan memfokus sudut pandangan individu ketiga seperti temubual bersama keluarga mertua. Segmen ketiga dan terakhir pula akan membawa penonton mengikut pasangan selebriti ini samada pergi bercuti atau pulang ke kampung halaman masing-masing.

Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad berkata, ”Semoga dengan kehadiran program seperti ini dapat mempromosikan lagi budaya mengekspresikan rasa kasih sayang pasangan suami isteri dan seluruh ahli keluarga di kalangan para penonton kami. Selain itu, kami juga ingin memaparkan kepada masyarakat umum bahawa pasangan selebriti dan artis terkenal juga turut mempunyai kehidupan berkeluarga seperti orang lain di luar sana untuk kita lebih saling memahami dan menghormati”.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan rancangan yang menyingkap kehidupan pasangan selebriti di sebalik dunia glamor berjudul Romantika yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Selasa, jam 9.00 malam bermula 5 Februari 2013 menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Mustika HD (Saluran 134). Selamat menonton!



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes