Beremosi Tanpa Kontroversi

Konsert Wings Rockestra di Istana Budaya

SEPERTI yang sudah diuar-uarkan pada sidang media pertama Wings yang dilaksanakan pada 21 Februari yang lalu, sidang media kali ini diadakan bertujuan memperkenalkan dua figura yang bakal berkolaborasi dengan Wings dalam konsert Wings Rockestra kelak.


Shaheizy Sam RAIKAN CINTA

Dua nama yang bukan calang-calang dalam industri muzik ini dijemput khas oleh Wings bagi menjadikan konsert kelak sebagai sebuah sejarah yang punya momen tersendiri. Dua nama yang cukup kental dengan portfolio dan perjalanan muzik mereka sebagai gitaris terkenal yang cukup profesional.

Ian Antono, pemain gitar daripada tanah seberang, Indonesia yang merupakan gitaris grup God Bless diterbangkan khas buat sebuah kolaborasi yang cukup unik dan mengesankan. Bukan hanya Ian, pergabungan kental ini dipadukan lagi dengan jemputan khas Wings membawakan gitaris Malaysia terkenal, Hillary Ang untuk sebuah paduan rock yang cukup harmoni.


Awie

Mungkin khalayak yang terbiasa menonton konsert G3 yang membariskan  Joe Satriani, Steve Vai, dan Eric Johnson bakal tersenyum pula melihat gabungan ‘G3 Malaysia-Indonesia’. Tiga gitaris bertukar rasa, riff dan solo apabila Ian Antono, Hillarry Ang dan Joe Wings bakal bersatu dalam satu segmen khas yang bakal diadakan dalam Konsert Wing Rockestra. Segmen tiga gitaris hebat ini akan berpadu secara harmoni dalam segmen yang berjalan selama 20 minit.

Bukan itu sahaja, Ian Antono turut akan memainkan beberapa buah lagu Wings dan berkolaborasi bersama Joe, Awie, Eddie dan Black bagi memeriahkan suasana Istana Budaya, sebuah pentas berprestij yang telah melakarkan sejarah Wings dan telah mengiktiraf grup tersebut sebagai persembahan artis solo atau berkumpulan yang mendapat kutipan tertinggi di pentas tersebut. Grup rock pertama yang masuk ke dalam Panggung Sari, Istana Budaya ini sekali lagi akan memalu gendang irama rock selama 4 hari iaitu pada tanggal 26, 27, 28 dan 30 April kelak. Bermula pukul 8.45 malam, Panggung Sari juga turut dipadukan dengan persembahan 43 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangssan.

Membentuk kembali sebuah atmosfera rockestra, Wings sekali lagi bergandingan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer, dipadukan lagi dengan Pengarah Muzik (Musical Director) galasan Joe Wings dan penggubah muzik orkestra (orchestra music arranger) Miss Lee Tse Wan. Hillary Ang juga menjawat tanggungjawab sebagai penyusun muzik pertama dan dibantu Rozario sebagai penyusun muzik untuk grup.

Saksikan gabungan yang bukan calang-calang dan akan membentuk atmosfera rock yang tersendiri malah boleh dijadikan sebagai sebuah tanda aras dalam sejarah persembahan sebuah grup rock tempatan.



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes