Beremosi Tanpa Kontroversi

Dulu Mekanik Kini Seorang Pelawak, Achey (BMB)

Pertarungan hampir 3 bulan buat 4 peserta akhir Bintang Mencari Bintang (BMB) menemui jalan penamatnya pada malam Ahad yang lalu apabila peserta solo dibawah bimbingan Sifu Harun Salim Bachik iaitu Mohd Nasir Bin Hamzah ataupun Achey telah dinobatkan sebagai juara BMB bagi musim yang pertama.


ACHEY

Hasil kemenangan itu juga habuan berjumlah RM200,000 berjaya menjadi milik mekanik yang berasal dari Segamat Johor. Bagaimanapun Wang kemenangan itu dikhabarkan bukanlah mutlak sepenuhnya milik Achey, sebaliknya akan berkongsi dengan sifunya. Bagaimana pembahagian wang itu akan dilakukan tidak pula kami dimaklumkan.

Bagaimanapun ujar Achey yang kami temui di sidang media sebaik berakhirnya BMB ini menjelaskan wang yang bakal diperolehinya itu akan digunakan untuk kelangsungan hidupnya sekeluarga.

“Insyallah duit kemenangan yang saya dapat ini akan digunakan untuk kelangsungan kehidupan seharian saya dan keluarga. Duit ini juga akan saya gunakan untuk kembangkan lagi kerjaya yang baru saya ceburi ini”


ACHEY

Mengulas kemenanganya pula Achey nyata terkejut dengan apa yang dikecapinya pada malam akhir BMB. “Sebenarya saya memang tidak sangka akan jadi juara pada malam ini. Kalau diikutkan persembahan saya setiap minggu memang tidak menentu, tapi syukur malam akhir ni semua yang telah saya rancang bersama sifu menjadi”

“Seperti bermimpi pun ada sebenarnya ni. Dengan sokongan peminat yang mengangkat saya hingga ketahap ini akan saya teruskan kerjaya dalam dunia seni. Tapi saya juga tidak ada perancangan untuk terus berhenti dengan kerja hakiki saya iaitu sebagai seorang mekanik kerana itu adalah bengkel saya sendiri. Tapi jika ada ‘offer’ yang baik saya akan fikirkan semasaknya untuk fokus dalam bidang seni selepas ini nanti” Tambah Achey tersenyum

Untuk makluman peratusan undian yang diterima Achey ialah sebanyak 79.3% selaku juara. Manakala naib juara disandang oleh anak didik Afdlin Shauki iaitu Bocik dengan 61.7%. Titan dengan 52.1% ditempat ke 3. Tapaw 50.5% di tempat ke 4



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes