Beremosi Tanpa Kontroversi

5 Malam 4 Hari di TV9!

Setiap kali menjelang hari raya, pasti ramai yang ternanti-nanti apakah hiburan atau drama menarik yang boleh ditonton sebagai pelengkap sambutan raya. Bersama TV9 pada tahun ini, anda akan dihiburkan dengan pelbagai rancangan terbaik bermula pada malam raya sehingga hari raya keempat bersesuaian dengan tema TV9 pada tahun ini iaitu 5 malam 4 hari.


Azwan Kombos

Pada tahun ini, TV9 telah menyediakan pelbagai program raya terbaik dan nama-nama besar dalam industri hiburan seperti Stailista Unplugged yang menampilkan kolaborasi penyanyi nombor satu di Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza, pemenang Asian Wave 2012 Shila Amzah, Alyah dan bintang muda yang semakin mencuri perhatian ramai, Najwa Latif. Bukan itu sahaja, rancangan hiburan di TV9 turut diperkuatkan dengan rancangan Rockestra yang meletakkan di antara penyanyi lelaki yang mempunyai vokal terbaik di Malaysia iaitu lagenda rock Amy Search, Azlan & The Typewriter dan Black.

Jika anda mencari hiburan berlainan TV9 juga turut menyediakan rancangan berbentuk gameshow yang memerlukan para selebriti kesayangan anda beraksi tangkas dan berani untuk melengkapkan cabaran yang disediakan. Ada Bran? 2013, Kidnap, Mini Busking, Bintang Mencari Pasal Raya dan Switch Off Raya menjanjikan kepuasan untuk tontonan anda.

Menurut Ketua Kumpulan Penjenamaan TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin, “Kita inginkan kelainan untuk tema kali ini. Tema 5 Malam 4 Hari ini membawa maksud TV9 akan menyiarkan pelbagai rancangan-rancangan hiburan dan juga drama-drama terbaik dan menarik Aidilfitri selama empat hari bermula pada malam raya sehingga raya keempat. Menerusi tema 5 Malam 4 Hari ini, ia turut menampilkan kolaborasi erat antara TV9 dan Hot FM di mana Hot FM juga akan mempromosikan program menarik sepanjang minggu pertama Raya ini ke udara seperti Mimpi Fara, Geng Kampung Pisang dan Hot TV Raya”.

Telefilem-telefilem menarik seperti Sweet Lola, Mana Kuali Opah?, Oh Kampungku! turut menjadi taruhan TV9 untuk menambah kemeriahan anda sewaktu melayan kunjungan sanak saudara pada hari raya nanti . Sedikit kelainan tahun ini, menerusi Bananana TV9, kami telah menyediakan beberapa rancangan kanak-kanak yang dijayakan oleh bintang-bintang Idola Kecil seperti, Ben Ladin, Hadi, Azam, Darling dan ramai lagi untuk telefilem Seringgit Kashorga, I Heart Kurma, Bananana Squad VS Idola Kecil dan Cokelat Maraton. TV9 juga akan membawakan filem animasi Bola Kampung The Movie yang telah mendapat sambutan hangat di pawagam untuk tontonan adik-adik pada hari raya pertama nanti.

Tidak ketinggalan, pada 13 Julai lalu, TV3 dan TV9 telah menjelajah ke Plaza Angsana, Johor Bahru bagi aktiviti amal Bazar Seindah Ramadan. Bazar Seindah Ramadan TV3 dan TV9 telah mendapat sambutan hebat oleh para pengunjung. Jika anda ingin turut serta dalam Bazar Seindah Ramadan ini, jangan ketinggalan untuk datang dan memeriahkan lagi Bazar Seindah Ramadan ini pada 27 Julai nanti. Selain itu, TV3 dan TV9 akan turut memberikan cenderamata di tol-tol dan stesen bas terpilih sempena hari raya nanti. Untuk maklumat lanjut sila layari portal ramadan raya Media Prima iaitu www.ramadanraya.com.my dan www.tv9.com.my.



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes