Beremosi Tanpa Kontroversi

Raja Ema Semakin Berani Berfesyen

Dengan usianya yang sudah pun menjangkau umur 45 tahun, namun sifat keremajaanya semakin lama semakin galak ditonjolkan apabila Raja Ema kini kelihatan sudah semakin berani mengenakan fesyen yang menampakkanya lebih remaja.


Raja Ema

Terbaru kehadiranya di majlis Anugerah Melodi Raya 2013, PWTC nyata berjaya menarik tumpuan hadirin yang datang apabila mengenakan pakaian ala-ala gothic yang sinonim dengan fesyen remaja masa kini. Ujar Raja Ema apa yang disarungkanya pada hari ini bukanlah berkiblatkan Gothic tetapi sebenarnya adalah baju kebaya yang sudah dimodenkan.


Raja Ema

“Bagi saya tidak salah kalau kita nak berfesyen sebegini rupa asalkan tidak mendedahkan mana-mana bahagian tubuh badan, yang penting kita tahu menjaga batas dalam berfesyen. Saya tahu diri saya ni dah berumur tapi takkan lah disebabkan itu saya hendak tuakan diri sendiri.

“Tidak salah kalau kita hendak menjaga penampilan diri dengan imej sebegini. Bagi saya senang je, yang penting saya tak peluk sana sini orang lain yang bukan muhrim. Lagipun bukan semua yang menghemtam saya bila keluar dengan imej yang saya tonjolkan pada masa ini. Masih ada peminat yang memberi sokongan kepada saya, Itu saya amat hargai” Tambah Raja Ema

p/s : Lagi Gambar Raja Ema ala-ala Fesyen gaya Gothic [Lihat Gambar]



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes