Beremosi Tanpa Kontroversi

Aqasha Dah tak Heran Populariti

Dengan umurnya yang sudah pun mencecah angka 31 pada tahun ini, Aqasha nyata tidak mahu lagi berkompromi dalam dunia lakonan yang sudah lama dia sertai. Kini populariti bukan lagi suatu perkara yang mahu dikejarnya lagi seperti kebanyakkan pelakon baru lain, sebaliknya kualiti dan kepuasan kerja yang akan cuba dicarinya selepas ini.


Raja Ema

Ditemui semasa majlis kesyukuran dan berbuka puasa Filem Sindiket, aktor ini juga menjelaskan sudah masanya dengan usia yang sebegini dia perlu memfokuskan halatuju yang betul dalam bidang lakonan. Justeru tidak menolak andaian yang dia kini akan lebih memilih watak yang benar-benar dirasakan sesuai dengan dirinya.

“Bagi saya bila dah sampai umur macam ni populariti bukan lagi perkara yang terlalu penting untuk saya kejar lagi. Apa yang lebih utama dan penting masa ini adalah kepuasan kerja yang maksimum dan hasil yang mampu mengagumkan orang lain.”


Raja Ema

“Lagipun jika saya ambil banyak sangat tawaran yang datang tanpa memilihnya terlebih dahulu nanti takut penonton dah tak heran dengan kemunculan saya.”

“Bagi diorang, ‘ah! mamat ni berlakon biasa je selalu sangat nampak’ itu yang saya sangat risau andaikata perkara sebegini terjadi. Sebab tu macam yang saya katakan tadi saya akan lebih memilih watak yang dirasakan sesuai dan mampu memberi kesan terhadap penonton.”

Katanya juga untuk kestabilan kehidupan masa depan kini dia dan juga beberapa rakan artis yang lain telah pun menubuhkan sebuah produksi sendiri sejak hampir 2 tahun yang lalu dan bakal menerbitkan 2 buah filem yang dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan. Khabarnya lagi projek untuk 2 buah filem ini akan menelan kos sebanyak RM2.5 juta.



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes