Beremosi Tanpa Kontroversi

Puteri Malam

Slot drama 9X yang bersiaran setiap hari Isnin di TV9 membawakan anda drama terbaru terbitan Filmscape Sdn. Bhd. berjudul Puteri Malam. Drama yang diarahkan oleh Nor Hanisyam (Labu) ini dibintangi oleh pelakon baru yang mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh iaitu Zara Zya, Puteri Chichi, Ku Hariz dan Hafreez Adam.


hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert’

Bersiaran sebanyak 8 episod, Puteri Malam mengisahkan Puteri (Zara Zya) yang lari daripada rumah kerana tertekan dimarahi ibu-bapanya demi mengejar cita-cita menjadi artis terkenal. Namun jalan yang dipilih ternyata telah membawanya menempuh hidup yang akhirnya memerangkap dirinya ke lembah yang hina.

Bermulalah perjalanan hitam Puteri apabila dia telah dirogol oleh seorang lelaki sewaktu dia hadir untuk satu sesi ujibakat di Kuala Lumpur. Puteri kemudiannya telah diselamatkan oleh Farid (Ku Hariz) lalu dibawa ke rumahnya di sebuah rumah kedai yang terletak di Chow Kit. Rumah itu turut didiami oleh Fiona (Puteri Chichi) yang disangkakan kakak Farid. Puteri tertarik melihat penampilan Fiona yang seksi dan berjaya menawan hati ramai lelaki.


hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert’

Farid mula membelikan Puteri pakaian-pakaian baru yang seksi, sama seperti yang dipakai Fiona. Pada mulanya Puteri sangsi dengan tindakan baik Farid, tetapi lama kelamaan, Farid berjaya membuatkan Puteri percaya padanya dan akhirnya, Puteri jatuh cinta pada Farid. Puteri meluahkan segala perasaannya serta berkongsi mengenai impiannya untuk menjadi seorang artis. Farid berjanji akan membantu Puteri mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang artis.

Tanpa Puteri sedari Farid rupa-rupanya bapak ayam kepada Fiona dan kini dia cuba untuk memperdayakan Puteri untuk menjadi seorang pelacur demi mendapatkan wang. Apabila Puteri tersedar dirinya diperangkap Farid yang berniat jahat, semuanya sudah terlambat. Puteri terjerat dengan impian yang akhirnya membinasakan dirinya sendiri.

Mampukah Puteri meloloskan dirinya keluar daripada lorong hitam yang diciptanya sendiri? Ikuti perjalanan hidup Puteri yang cuba mencari sinar harapan untuk kembali bebas dalam Puteri Malam bermula pada 7 Oktober jam 10.30 malam hanya di TV9!



Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes