Najwa Latif joins UNITAR International University
Najwa Latif, one of Malaysia’s award winning music talent has joined UNITAR International University to further her studies.
She will be studying Foundation in Management and is a fine example of a talented singer who manages to juggle her singing career and her studies. This popular youth singer debuted her career back in 2009 with her hit song ‘Cinta Muka Buku’ and keep producing hit catchy songs like ‘AdaMu’, ‘Kosong’, ‘Untuk Dia’ a duet song with Sleeq, famous Singapore’s duo and latest song entitled ‘I Love You’.
Read MoreSeuntai Tasbih Temukan Beego dan Linda Hashim
Bagaikan skrip drama pertemuan ketika mereka sama-sama berlakon drama bersiri “Seuntai Tasbih” yang menjalani penggambaran di Jakarta, Indonesia pada Mei tahun lalu memberi kesan buat dua pelakon Linda dan Beego yang baru disatukan sebagai pasangan suami isteri baru-baru ini.

Justeru kepada peminat setia mereka usah ketinggalan berkongsi momen-momen indah lakonan bersama mereka yang mempertemukan ‘cinta lokasi’ pasangan dua sejoli ini dalam drama bersiri mengisi slot Galeri Famili yang bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 13 Jun ini, setiap Khamis, jam 2.30 petang menerusi saluran TV2. Selain Beego dan Linda Hashim, 13 episod drama ini turut dibintangi oleh Rosnah Johari, Ilya Senario dan Heela Monica.
Read MoreJulfekar & A.Aida Bercinta?
Sedang asyik kita disogokkan yang komposer terkenal, julfekar bercinta dengan seorang penyanyi baru iaitu Min Yasmin. Kami di sini pula menerima pengkhabaran yang lain pula apabila ada rakan yang menyampaikan Julfekar kini rupanya sedang hangat bercinta dengan seorang produser drama yang dulunya merupakan seorang pelakon iaitu A.Aida.

Sebenarnya kami pun tidak mengetahui sangat akan perkembangan 2 personaliti yang kini aktif di belakang tadbir ini. Cuma apabila disogokan dengan maklumat sebegini menjadi sedikit tarikan bagi kami mengetahui lebih lanjut.
Read MoreMiera Liyana Ok dgn Babak Rogol
Bagi Miera Liyana, babak rogol yang dibawanya menerusi watak Sarah dalam filem Pecah adalah satu cabaran yang agak besar dalam dirinya, apatahlagi babak itu sahaja dilakukan berulang kali bersama dengan Zain Ruffedge yang membawakan watak Bakar.
Akur dengan pandangan serong masyarakat terhadap babak sedemikian, Meira yang kami temui di tayangan perdana filem Pecah sudah bersedia andaikata babak yang hanya beberapa saat itu akan dikritik dan menjadikan dirinya sekali lagi dihentam.
Read MoreTV1 : Violet Sukasih
Drama bersiri islamik Cinta Adam dan Hawa lakonan Norman Hakim, Wan Nor Azlin dan Shasha Saidin yang sedang bersiaran mengisi slot Bidadari di TV1 bakal menemui episod akhir pada 13 Jun depan dan sebagai mengisi slot sama mulai 17 Jun depan, penonton diajak menyaksikan drama terbaharu bertajuk “Violet Sukasih”.

Disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, drama menampilkan pelakon Zizan Nin, Ika Nabila, Shaharudin Thamby, Anita Baharom, Hardy Tahir, Kay Maria, Wan Maimunah dan Abu Bakar Omar ini tidak kurang menariknya berkongsi plot kisah dua wanita yang kontra budaya hidup dan pandangan, punya dua laras hidup bertentangan, bertemu di dunia korporat tekstil terkenal Sutera Mode yang akan melalui perubahan silang kejutan budaya di dalam mereka perlu berhadapan dengan resam dunia perniagaan lelaki, godaan kemewahan dunia, ujian sikap di kala kuasa di dalam tangan.
Read MoreChow Kit Dicalonkan Untuk Asia Image Apollo Awards
Chow Kit, filem terbitan Grand Brilliance yang dipersembahkan oleh Primeworks Studios, telah menerima tiga pencalonan untuk Asia Image Apollo Awards, termasuk Arahan Terbaik (Format Panjang), Sinematografi Terbaik dan Arahan Seni Terbaik. Malam Anugerah Apollo ini akan diadakan di Marina Bay Sands, Singapura pada 18 Jun 2013.

Dianjurkan oleh Contineo Media, Anugerah Apollo mengiktiraf industri-industri produksi dan pasca-produksi terbaik di rantau Asia Pasifik. Mencari lebih daripada jalan cerita dan kejayaan komersil, Asia Image Apollo Awards memberi penghormatan kepada kecemerlangan kreatif dan teknikal sesebuah produksi. Panel-panel hakim bagi majlis anugerah ini terdiri daripada pakar-pakar industri terkemuka termasuk Tim Yip, pemenang Anugerah Oscar dan pengarah seni filem-filem seperti Crouching Tiger Hidden Dragon dan Red Cliff. Dayne Cowan, penyelia kesan visual bagi filem-filem ternama seperti Harry Potter and the Deathly Hallows dan juga Batman Begins turut menyertai panel penghakiman tersebut.
Read MoreAksi itu dilakonkan sebelum saya berkahwin – Izreen Azminda
Babak berkemban didalam filem melayu bukanlah satu perkara yang asing bagi kita semua. Baik si tua, anak dara mahupun yang menjanda pasti ada babak sedemikian. Motifnya kadang kala sukar difahami. Mungkin imaginasi si tukang cerita amat tinggi lantas menjadikan babak berkemban itu sukar untuk kita mengerti akan keharusanya.
Walaupun hanya seketika, ianya mampu mengamit persepsi terhadap filem tersebut. Ianya juga boleh menjadi klimaks lebih awal untuk keseluruhan cerita. Kini babak berkemban datang lagi. Izreen Azminda mengambil posisi.
Read MoreDia Memahami Saya – Jehan Miskin
Perkenalan hampir 5 tahun sebelum mengikat pertalian yang sah sebagai suami isteri memberi sedikit kelegaan buat aktor, Jehan Miskin kerana si isteri boleh memahami kesibukan dirinya sebagai seorang pelakon dan juga pengarah.

Manakan tidak walaupun baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru baru ini Jehan Miskin kini sibuk pula di lokasi pengambaran bagi menyiapkan drama arahanya berjudul ‘What If’ yang kini sedang ditayangkan di 8TV.
Read More







