Beremosi Tanpa Kontroversi

Aksi itu dilakonkan sebelum saya berkahwin – Izreen Azminda

Posted | 0 comments

Babak berkemban didalam filem melayu bukanlah satu perkara yang asing bagi kita semua. Baik si tua, anak dara mahupun yang menjanda pasti ada babak sedemikian. Motifnya kadang kala sukar difahami. Mungkin imaginasi si tukang cerita amat tinggi lantas menjadikan babak berkemban itu sukar untuk kita mengerti akan keharusanya.


Izreen Azminda

Walaupun hanya seketika, ianya mampu mengamit persepsi terhadap filem tersebut. Ianya juga boleh menjadi klimaks lebih awal untuk keseluruhan cerita. Kini babak berkemban datang lagi. Izreen Azminda mengambil posisi.

Read More

Dia Memahami Saya – Jehan Miskin

Posted | 0 comments

Perkenalan hampir 5 tahun sebelum mengikat pertalian yang sah sebagai suami isteri memberi sedikit kelegaan buat aktor, Jehan Miskin kerana si isteri boleh memahami kesibukan dirinya sebagai seorang pelakon dan juga pengarah.


Jehan Miskin

Manakan tidak walaupun baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru baru ini Jehan Miskin kini sibuk pula di lokasi pengambaran bagi menyiapkan drama arahanya berjudul ‘What If’ yang kini sedang ditayangkan di 8TV.

Read More

Dayang Nurfaizah live at The Venue, Pavilion KL

Posted | 0 comments

Dayang Nurfaizah, bintang R & B Malaysia, bersedia untuk memukau peminat-peminatnya bertempat di The Venue, Pavilion KL pada 23 Jun 2013, jam 8.30 malam. Sukar untuk dipercayai, tetapi penyanyi yang berasal dari Kuching ini telah melibatkan dirinya dalam industri muzik sudah 14 tahun, dan melalui persembahan khas ini, Dayang ingin memberi penghargaan beliau atas segala sokongan peminatnya yang telah diterima selama ini. Dayang berkata, “Kasih dan sokongan peminat-peminat teramat bermakna pada saya, kerana dengannya, saya masih dapat meneruskan kembara saya dalam arena muzik.”


Dayang Nurfaizah

Pada malam intu, peminat semestinya akan terhibur dengan gandingan pemuzik terbaik Malaysia, di bawah pimpinan Jenny Chin, yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair. Penonton akan tentunya tidak sabar untuk bersama dengan Dayang pada malam itu, kerana Dayang yang sememangnya terkenal dengan persembahan “live” beliau. Persembahan khas ini menjanjikan kelainan dalam persembahannya. “Lebih intim, lebih ‘personal’, lebih Dayang..”, ujar Dayang.

Read More

AGM 31 Persatuan Penerbit Filem Malaysia

Posted | 0 comments

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) adalah sebuah persatuan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1980 dengan visi dan misi untuk membangunkan dan meneraju industri perfileman Malaysia ke pasaran tanahair dan juga ke peringkat antarabangsa.


PFM

Sehingga kini, PFM mempunyai 107 ahli berdaftar termasuk beberapa peranan utama seperti Pesona Pictures Sdn Bhd, Skop Production Sdn Bhd, KRU Studios Sdn Bhd, Grand Brilliance Sdn Bhd dan lain-lain.

Read More

LINE Upin & Ipin

Posted | 0 comments

Animasi tempatan paling popular iaitu Upin & Ipin telah membuktikan popularitinya bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia, malahan juga dibeberapa buah negara di rantau asia. Ini terbukti dengan perlantikkan Upin & Ipin sebagai Duta Rasmi Unicef Malaysia pada awal tahun ini. Upin & Ipin ditonton di beberapa buah negara di Asia Tenggara seperti Filifina dan Taiwan melalui Disney Channel dalam beberapa jenis bahasa termasuklah Bahasa Inggeris dan Mandarin. Itu tidak terkecuali dari negara-negara barat seperti Amerika Syarikat dan Sepanyol yang menonton siri Upin & Ipin melalui Youtube dan beberapa media baru yang lain.


Line Upin Ipin

Memandang berat terhadap pengaruh media baru, Les’ Copaque Production sering kali menggunakan teknologi terkini di dalam mempromosikan episod serta produk terbaru. Laman sosial Facebook Upin & Ipin telah menjadi laman sosial Facebook pertama dan tertinggi di Malaysia dengan 6.7 juta peminat yang terdiri dari peminat di pelusuk dunia. Tidak ketinggalan juga saluran Youtube rasmi Les’ Copaque Production yang telah mencecah lebih dari 100,000 pelanggan (subscribers) yang menantikan episod-episod terbaru serta video dibelakang tabir setiap hari.

Read More

Wafi tersingkir, lima finalis teruskan cabaran

Posted | 0 comments

Kebolehan enam peserta terus diuji apabila mereka perlu menyampaikan lagu-lagu berbentuk ketuhanan yang sarat dengan mesej dan pedoman berguna di samping cabaran untuk menjiwai bait-bait lirik yang disampaikan pada konsert minggu kelima program Ceria Popstar yang bersiaran pada hari Ahad, 9 Jun 2013 jam 11.30 pagi.


Najwa Latif

Konsert minggu kelima yang bertemakan ‘Minggu Kerohanian’ ini menyaksikan Abang Nabil kembali mengacarakan Ceria Popstar selepas Abang Aril menggantikannya buat sementara pada minggu yang lepas. Bertepatan dengan tema yang diketengahkan, konsert minggu ini juga turut menjemput seorang artis yang cukup berpengalaman di dalam industri nasyid tanah air iaitu Abang Nazri yang merupakan bekas anggota kumpulan Raihan sebagai juri jemputan.

Read More

Najwa Latif ‘Bingung’ diangkat sebagai Ikon Belia Johor

Posted | 0 comments

Sebuah akhbar tempatan baru – baru ini ada melaporkan yang penyanyi remaja berbakat, Najwa Latif telah dipilih sebagai Ikon belia bagi negeri Johor. Laporan turut menyatakan pemilihan Najwa selaku ikon baru belia di Negeri Johor diberikan atas kesinambungan kejayaanya didalam bidang nyanyian dan juga pendidikan yang seimbang.


Najwa Latif

Bagaimana sewaktu kami menemui Najwa di Bukit Jalil baru baru ini bagi mendapatkan kenyataan beliau tentang perkara tersebut hampa dan kelihatan Najwa latif juga seakan ‘bingung’ dengan soalan yang dilemparkan kepadanya manakala pihak pengurusanya sendiri tidak mengetahui tentang perkara tersebut. Jelas Kakak Najwa selaku pengurus, mereka sendiri mengetahui perkara tersebut melalui akhbar.

Read More

Linda Hashim

Posted | 0 comments

Read More
Page 2 of 170123456789
Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes