Beremosi Tanpa Kontroversi

Izzue

Posted | 0 comments

Read More

Suka Minta Barang Percuma, Apa sudah Kedana?

Posted | 0 comments

Luaran memang nampak bergaya, sedang hakikatnya duit poket tidaklah selebat mana. ‘Biar Papa Asal Bergaya’ falsafah yang sesuai untuk dilabelkan buat sesetengah artis tempatan yang kebanyakannya mempunyai citarasa gaya bak bangsawan walaupun hakikatnya sering kedana.

p/s : ..78 pelakon yang diceritakan



Baru baru ini kami menerima kiriman email dari salah seorang pembaca yang mendakwa pelakon wanita ini dilihatnya suka meminta barangan percuma dari peniaga-peniaga online (Instagram). Lebih meluat lagi jika ada yang tidak melayan kerenah suka memintanya itu pelakon tadi akan berterusan mendesak supaya memberikan barangan yang dia suka. Apa yang menjelikkan lagi sifat suka bertandang tanpa diundang itu menunjukkan yang pelakon ini bagaikan benar-benar terdesak mahukan barangan tersebut.

Read More

Dee Tampil lakonan mantap Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha

Posted | 2 comments

Istimewa sempena musim cuti sekolah ini, Astro Ceria dengan bangganya membawakan sebuah telefilem istimewa berjudul DEE yang bakal menemui para penonton pada hari Jumaat, 20 Disember ini jam 11.30 pagi secara eksklusif menerusi saluran 611.


Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha

Telefilem menarik dengan jalan cerita yang diolah hasil kreatif pengarah tersohor Bernard Chauly dengan arahan Angie Choo selaku pengarah Red Communications Sdn. Bhd. ini bakal menyatukan barisan pelakon baru dan lama yang cukup berbakat sebagai teraju utama iaitu Susan Manen yang membawa watak sebagai Mak, Daiyan Trisha sebagai Dee serta pelakon cilik yang cukup berbakat iaitu Mia Sara sebagai Arissa. Turut menjayakan telefilem ini ialah Juzzthin sebagai Lan, Farhanna Qismina atau lebih dikenali sebagai Sweet sebagai Emira, Intan Ladyana sebagai Cikgu Haniz, Ajak Shiro sebagai Mat serta dua bintang cilik yang lahir daripada program Ceria Popstar iaitu Wafiy sebagai Wafiy dan Trisyia sebagai Trisyia.


Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha

Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin berkata, “Melalui Telefilem Dee, kami memaparkan semangat, kegigihan, bakat dan sikap tanggungjawab dan positif watak Dee sebagai ’role model’ yang harus dicontohi. Di samping jalan cerita yang menarik, telefilem Dee ini turut menerapkan nilai kekeluargaan dan sifat saling menghargai. Kami di pihak Astro Ceria sentiasa peka dengan perkembangan moral & mental kanak kanak dan penerapan nilai murni dan kekeluargaan adalah amat penting dan ianya diterapkan melalui jalan penceritaan yang menarik melalui Dee.”


Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha

Telefilem menarik ini mengisahkan tentang Dee (lakonan Daiyan Trisha), seorang gadis remaja yang bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi atau komposer tetapi masih belum cukup berkeyakinan untuk mengetengahkan bakatnya. Blognya yang ditulis secara rahsia hanya mengandungi fail audio supaya identitinya tak diketahui umum. Dee juga sering membuat pelbagai alasan untuk tidak menyertai sebarang pertandingan pencarian bakat baru.


Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha

Kisah bermula apabila Dee bersama Mak (lakonan Susan Manen) dan adiknya Arissa (lakonan Mia Sara) terpaksa berpindah ke rumah flat kos rendah setelah kematian ayahnya. Dalam proses cuba menyesuaikan diri, Dee berdepan dengan pelbagai situasi yang tak dijangka. Antaranya termasuklah terpaksa bekerja separuh masa di sebuah kedai muzik dan bertindak berani dengan menyertai sebuah pertandingan untuk mencari bakat baru. Adakah Dee akan berjaya menempa nama sebagai seorang penyanyi atau komposer muda, ataupun dia terpaksa melupakan impiannya? Sama-sama kita ketahui kesudahan telefilem ini kelak.


Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha

Jangan lepaskan peluang untuk menonton telefilem DEE yang pastinya menghiburkan pada hari Jumaat ini, 20 Disember 2013, jam 11.30 pagi hanya di Astro Ceria menerusi saluran 611. Selamat menonton!


Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha


Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha

Read More

Terasa Dekat Dengan Ajal – Johan As’ari

Posted | 0 comments

Akui Johan As’ari setiap apa yang berlaku kepada dirinya ada hikmat disebaliknya, termaksuklah baru baru ini apabila beliau sekali lagi terbabit dalam kemalangan kereta sewaktu mahu ke lokasi pengambaran


Johan As'ari

“Bagi saya apa yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya. Segala ajal dan maut adalah kententuan dariNYA. Tapi kalau boleh biarlah mati dalam keadaan yang baik”

Read More

Drama Syurga Di Wajahmu Temukan Ana Dahlia & Dazrin Kamaruddin

Posted | 0 comments

Mengambil tempat mengisi slot Bidadari di TV1 mulai 23 November depan setiap Isnin hingga Khamis; pukul 11.30 pagi, nantikan drama bersiri bertajuk Syurga Di Wajahmu. Menariknya drama bersiri 13 episod yang menampilkan nama-nama pelakon seperti Ana Dahlia, Dazrin Kamaruddin, Aznah Hamid, Emma Akmar dan Sheera Iskandar ini adaptasi daripada novel popular dengan tajuk sama nukilan novelis Laila Hanni.


Ana Dahlia & Dazrin Kamaruddin

Syurga Di Wajah Mu yang menjalani penggambarannya di Kota Bharu, Kelantan diterajui watak utamanya oleh Dazrin Kamaruddin memegang watak Engku Lokman dan bergandingan bersama Ana Dahlia sebagai Idayu.

Read More

Kami Bertiga Bahagia – Ashraf Muslim

Posted | 0 comments

Hadir di Anugerah Industri Muzik ke 20 pada malam sabtu lepas menjadikan Ashraf Muslim sebagai buruan pihak media. Apatahlagi bertebaran cakap-cakap nakal yang mengatakan hubunganya bersama salah seorang isterinya kini sedang bermasaalah.


Shila Amzah AIM 20

Bagaimanapun hal itu disangkal oleh tuan empunya badan sendiri iaitu Ashraf Muslim sambil mendakwa hidupnya bersama isteri- isterinya kini bahagia

Read More

Shila Amzah Tak Layak Untuk Anugerah Kembara?

Posted | 0 comments

FOTO : Md. Azreen

Disebalik ramai yang sudah menjangkakan anugerah kembara ini milik Shila Amzah, ada juga cakap-cakap orang industri yang kami dengar mempertikaikan penganugerahan Anugerah Kembara kepada Shila Amzah kerana selayaknya anugerah ini ditabalkan kepada seorang lagi penyanyi wanita iaitu Yuna. Ini kerana atas dasar kejayaanya diperingkat antarabangsa lebih konsisten dan cemerlang berbanding Shila.


Shila Amzah AIM 20

Bagaimanapun En Rosmin Hashim selaku Penganjur AIM 20 yang kami temui mempunyai alasan yang tersendiri kenapa Shila Amzah yang dipilih bukan sebaliknya.

Read More

Sekitar Carpet Glamour AIM 20 [Part 2]

Posted | 0 comments


AIM 20

Read More
Page 7 of 21534567891011
Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes